KUIS Kecam Donald Trump Isytihar Baitul Maqdis Sebagai Ibu Negara Israel

KUIS Kecam Donald Trump Isytihar Baitul Maqdis Sebagai Ibu Negara Israel

Naib Presiden KUIS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengecam tindakan Donald Trump mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel yang disifatkan mencabar kesabaran umat Islam dan mencemarkan kesucian bumi Al-Quds.

Kecaman tersebut disuarakan beliau dalam satu kenyataan media terbaru hari ini sekaligus menzahirkan kemarahan semua umat Isam atas tindakan biadap pemimpin Amerika itu.

Katanya, keberanian Trumph disusuli selepas kejayaan Amerika-Zionis mencampuri urusan negara-negara Arab khususnya kejayaannya mengikat Arab Saudi sebagai rakan karibnya.

Hal demikian ujarnya melalui strategi mengapi-apikan semangat perkauman dan mazhab sehingga berjaya menimbulkan kekacauan dan huru-hara di Asia Barat.

Tuan Guru dalam masa sama menyatakan pengumumkan tersebut telah mengubah peta dunia baru dan bakal mengundang peperangan berterusan.

“Situasi ini lagi membenarkan rahsia pemetaan dunia baru yang sedang berjalan supaya negara-negara Islam disibukkan dengan peperangan sesama sendiri sehingga mengabaikan perjuangan pembebasan Palestin dan Baitul Maqdis.

“Sejarah tamadun dunia telah membenarkan hanya Islam sahaja yang berjaya mewujudkan keadilan kepada masyarakat majmuk dengan membenarkan penganut Kristian dan Yahudi untuk beribadat dengan bebas dan aman. Tiada harapan keamanan daripada Amerika dan Zionis yang bergelar ketua pengganas dunia dan pembunuh utama nyawa umat Islam.

Justeru, Naib Presiden KUIS itu mengajak semua umat Islam tanpa mengira kaum, mazhab dan fahaman politik untuk bersatu menentang pengisytiharan Trump tersebut.

Tambahnya, beliau turut mengharapkan Perdana Menteri Malaysia menghantar surat bantahan kepada Rumah Putih dan memanggil segera Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan rakyat Malaysia.

Mengakhiri kenyataan, beliau menggesa semua rakyat Malaysia hadir bersolidariti di hadapan kedutaan Amerika Syarikat esok dan menegaskan bahawa Baitul Maqdis adalah titik kesatuan umat Islam berpaksikan syariat Islam yang adil.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

twenty five + = thirty five