Kewajipan Umat Islam Seluruh Dunia Mempertahankan Al-Quds

Kewajipan Umat Islam Seluruh Dunia Mempertahankan Al-Quds

Donald Trump terus menerima kecaman terhadap tindakan biadapnya mengambil hak rakyat Palestin.

Terbaru, Ustaz Dato’ Dr. Haji Mahfodz Mohamed selaku Ketua Dewan Ulamak Malaysia menyuarakan kemarahannya dan menyifatkan tindakan Trumph adalah satu jenayah.

“Perisytiharan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump awal pagi tadi waktu Malaysia bahawa Al-Quds merupakan ibu negara Israel adalah suatu jenayah rampasan hak umat Islam terbesar.

“Dengan perisytiharan ini, sebenarnya Amerika Syarikat sengaja ingin memporak-perandakan tanah air Palestin dan memberi kuasa lebih meluas kepada Zionis,” katanya.

Dato’ Mahfodz turut berkata Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya adalah tanah suci yang tidak boleh dibiarkan kerana ia merupakan sebahagian daripada iman umat Islam.

Tambahnya, semasa pemerintahan Sayyidina Umar al Khattab R.A, beliau telah mengisytiharkan Baitul Maqdis yang melengkari Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya adalah tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman.

Justeru katanya, seluruh umat Islam diseru untuk berdoa dan bermunajat khusus kepada kesejahteraan Al-Quds daripada dinodai oleh musuh Islam.

Beliau turut menyeru umat Islam Malaysia untuk berhimpun secara aman dihadapan Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan solidariti ummah selepas solat Jumaat esok.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

3 + = six