Dari Amerika Ke Israel

DARI AMERIKA KE ISRAEL.

⚫ Senario.

Konflik di Asia Barat (Timur Tengah) melalui perang proksi telah mencapai tahap matang yang menjamin keselamatan Israel. Boleh dikatakan negara-negara umat Islam yang mengelilingi Israel sedang bergolak dahsyat. Sekaligus berjaya menyekat ancaman Islam ke atas keselamatan Israel.

⚫ Trump.

Trump dari Republican, parti yang mendukung dasar luar yang keras ke atas Islam secara terbuka. Berbanding Democrat yang memilih penentangan terhadap Islam secara proksi seperti yang berlangsung di era Obama.

Dasar Trump dilihat cuba menguncupkan peranan atau onar Amerika di rantau luar. Beliau tidak bersetuju dengan kempen-kempen serangan Amerika ke atas negara lain. Pada masa yang sama tetap komited terhadap misi Israel. Ia kelihatan agak aneh lagi kontradik.

Trump amat disenangi oleh Russia & sekutunya. Dasar Trump dilihat kembali fokus kepada survival Israel berbanding provokasi ke atas blok Russia.

⚫ Antagonis.

Trend politik hari ini sesiapa yang mahu naik, perlu dilihat melawan dasar luar Amerika. Itu sikap populis yang perlu ada untuk meraih sokongan rakyat.

Tidak boleh ditutup lagi, masyarakat dunia pun cukup tidak senang dengan Amerika. Watak antagonis seperti Duterte amat berkesan.

⚫ Perancang Yang Cemerlang.

Setakat ini sangat jarang kita dapat memintas apa yg difikirkan dan dirancang oleh Amerika. Melainkan setelah nasi menjadi bubur, baru kita nampak dan faham. Itu satu muhasabah.

Bagaimana sekalipun, mereka hanya menawarkan plan susunan mereka. Kita hanya diprogram untuk berfikir dengan rangka yang mereka kehendaki untuk kita fikir.

Media menggambarkan Amerika berdepan dengan malapetaka domokrasi yang mencalar imej negara samseng tersebut. Selalunya media berperanan membentuk arus yang disusun oleh mereka. Kita diprogram ke arah itu.

Justeru dari ukuran tersebut, terpilihnya Trump adalah ‘on track’ bagi ‘mereka’.

⚫ Pax Judaica.

Kini adalah fasa perpindahan dari Pax Americana kepada Pax Judaica. Fasa peralihan kuasa dunia dari Amerika kepada Israel.

Teka-teki. Sekiranya era Trump membawa kejatuhan kepada Amerika, siapakah pula yang akan menggantikan hagemoni kuasa Amerika? Israel kelihatan amat selesa ke arah itu.

⚫ Bahaya Besar.

Sementara itu, tasik Gallilee semakin kering. Petanda bahaya besar bakal muncul. Yang pasti, Islam dan umat Islam tetap menjadi mangsa.

Jika tulisan ini salah waktu, salahkah untuk kita bersedia?

Abdul Mu’izz Muhammad
15 November 2016.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− 1 = one