Baitul Maqdis Milik Umat Islam

Baitul Maqdis Milik Umat Islam

Pengerusi Lajnah Al-Quds KUIS, Ustaz Khalil Abdul Hadi menzahirkan kemarahan beliau ke atas pengumuman terbaru Donald Trump yang menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.

Kekesalan itu dinyatakan melalui kenyataan media terbarunya hari ini.

Selain itu katanya, tindakan biadap tersebut bakal menyaksikan kebangkitan ummah dan menyeru umat Islam bersolidariti untuk mengembalikan semula hak Palestin.

“Seluruh dunia menyaksikan Donald Trump telah mengumumkan Baitul Maqdis adalah ibu negara kepada Israel.

“Bagi umat Islam ianya adalah satu pengisytiharan paling biadap yang bakal mengundang kebangkitan ummah untuk membebaskan Baitulmaqdis dari tangan Zionis Yahudi.

“Seluruh umat Islam diseru untuk turun menyatakan solidariti ummah di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sejurus selepas solat jumaat, 8 Dis 2017,” katanya.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− 3 = three