Membela Bayang-Bayang Yang Menyeksa Diri Sendiri

MEMBELA BAYANG-BAYANG YANG MENYEKSA DIRI SENDIRI.

Tabiat politikus, sering takut dengan bayang-bayang sendiri. Ia sentiasa menghantui mereka yang berbuat salah.

Barangkali hasil halusinasi mereka dengan syaitan, menyebabkan mereka licik mencipta skrip-skrip fitnah yang kelihatan benar.

Apakah kita tidak memerhati kisah awal Firaun? Takut dengan bayang-bayang sendiri. Dihantui perasaan terancam dengan budak berketurunan Bani Israel yang bakal menumbangkan kuasanya. Maka Firaun mengenakan pelbagai tindakan, kononnya demi survivalnya. Walhal segala tindakan yang dibuat, menjadi faktor tenggelamnya Firaun. Apakah kita tidak mengerti sejarah ini?

Apakah kita tidak melihat, zalimnya regim-regim terhadap rakyatnya bermula dari sindrom takut dengan bayang-bayang sendiri? Itulah hukuman Allah ke atas jiwa orang-orang yang zalim.

Namun yang pasti, orang beriman hidupnya tetap tenang bersama Tuhannya. Kerana mereka pasti mereka tidak berbuat salah, dan akhirat itu pasti.

Abdul Mu’izz Muhammad
3 Disember 2017.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

twenty eight − = twenty one