Mengamati Isu Umat Islam Secara ‘Big Picture’

MENGAMATI ISU UMAT SECARA ‘BIG PICTURE’

Akibat terbawa-bawa dengan konflik sektarian mazhab yang diagendakan oleh musuh, menyebabkan seseorang itu memahami isu umat dengan penuh prejudis. Sungguhpun dia berada di lokasi kejadian, selagi doktrin Islamphobia menguasai mindanya, dia akan tetap menuruti susun atur skrip yang telah diplotkan oleh musuh.

Amat tajam terhadap kumpulan Islam, tetapi cukup damai dengan musuh Islam. Apakah itu adab dan akhlak yang mereka maksudkan? Hanya memahami konflik yang menimpa umat sesempit perkelahian mazhab, akhirnya alpa dengan makar yang direncana oleh pakatan musuh.

Berapa banyak kejadian sejarah, membuktikan provokasi sektarian mazhab berjaya memerangkap umat agar berbunuhan sesama sendiri. Akhirnya terperangkap dengan ‘mental block’ yang menyempitkan kewarasan berfikir dan menilai.

Sedarkah kita, selalunya pencandu-pencandu sektarian mazhab enggan memahami tragedi yang menimpa umat secara ‘big picture’. Golongan seperti ini cukup simplistik, kelihatan tidak berminat meneliti apakah yang sedang direncana oleh pakatan Amerika & Zionis.

Lidah mereka hanya mahu menikam-nikam kumpulan Islam, sekaligus mengiyakan dengan penuh haloba terhadap kempen Islamphobia tajaan Barat. Hinggakan muncul persoalan dalam fikiran kita, siapakah mereka sebenarnya?

Abdul Mu’izz Muhammad
27 November 2017.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

two + four =