ARNO Jumpa Naib Presiden KUIS Bincang Solusi Tamatkan Kezaliman Rohingya

ARNO Jumpa Naib Presiden KUIS Bincang Solusi Tamatkan Kezaliman Rohingya

Krisis penidasan terhadap etnik Rohingya berterusan walaupun pelbagai suara kecaman pelabagai pihak telah dilontarkan kepada pemerintah Myanmar.

Terbaru, Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah dikunjungi Pihak Arakan Rohingya National Organisasion (ARNO) bagi membincangkan solusi terhadap kes tersebut.

Memetik sumber laman media rasmi Facebook beliau, kunjungan tersebut dihadiri Presiden ARNO, Encik Nurul Islam.

“Menerima kunjungan Encik Nurul Islam, Presiden Arakan Rohingya National Organisation (ARNO) malam ini, bagi membincangkan langkah penyelesaian ke atas masyarakat Rohingya,” demikian catatan Facebook beliau.

 

Terdahulu, Naib Presiden KUIS turut djemput menyampaikan ceramah dalam majlis “Untukmu Rohingya” pada 10 November lalu.

Dalam ucapannyanya, Tuan Guru menyatakan orang Islam diharamkan menceroboh tetapi dalam masa sama mengharamkan orang Islam mengaku kalah.

“Langkah kita ambil hari ini untuk menolong umat Islam yang diratah oleh musuh.

“Sumbangan kita menolong mereka adaah Fi Sabilillah,” ucap beliau dalam majlis tersebut.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− 1 = five