Zionis Halau Penduduk, Musnah Kawasan Sekitar Baitulmaqdis

Zionis Halau Penduduk, Musnah Kawasan Sekitar Baitulmaqdis

 

Zionis kini giat melakukan pengusuan terhadap rakyat Palestin bagi memastikan bilangan mereka semakn berkurang.

Terbaru, keseluruhan kampung yang diduduki puluhan rakyat Palestinn Badwi di Jabal al-Baba kini dipaksa berpindah meningalkan halaman mereka.

Jabal al-Baba, yang terletak di timur Baitulmuqaddis di Tebing Barat yang diduduki, adalah rumah kepada lebih daripada 300 orang penduduk Palestin.

“Penduduk mula paranoid dengan masa depan mereka yang tidak pasti.

“Semua kehidupan mereka yang lalu ditinggalkan dan baru sahaja memulakan hidup baru di sini. Namun hari ini, semuanya bakal dimusnahkan zionis pada bila-bila masa sahaja,” ujar seorang pemimpin komuniti tempatan, Atalah Jahalen kepada Al-Jazeera.

Menurut Atalan, puak zionis Israel dan polis menceroboh Jabal al-Baba Khamis lalu.

Mereka dalam masa sama telah menggantung poster yang mengandungi arahan pemindahan dan kawasan yang terlibat untuk dimusnahkan secara terperinci.

Zionis juga turut mengeluarkan arahan bahawa penduduk diberi masa selama 8 hari untuk meninggalkan kawasan tersebut. Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan diusir secara paksa.

Memetik sumber Al-Jazeera, Atalan menjelaskan penduduk Jabal al-Baba tiba di kawasan itu setelah berpindah dari Negev semasa penubuhan Israel pada tahun 1948.

Katanya, sejak Israel menakluk wilayah Palestin pada tahun 1967, kerajaan Israel enggan mengiktiraf masyarakat Palestin, dan telah mengetuai kempen pencerobohan di kampong tersebut selama bertahun-tahun.

http://www.aljazeera.com/news/2017/11/entire-bedouin-village-faced-forced-displacement-171118172811185.html

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

five + four =