Dunia Masa Kini

Dunia Islam Masa Kini

Catatan Kuliah Dhuha Perdana Maqtar

Oleh: Asmaa Yusof

Allah سبحانه وتعالى berfirman:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ ءَايَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ. {ال عمران: 103}

Dan berpeganglah kalian semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati kalian, lalu jadilah kalian karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan kalian telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kalian daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kalian, agar kalian mendapat petunjuk. (Ali Imran: 103)

Isu hangat kini ialah ketegangan Arab Saudi dan Iran untuk menjadi renungan kita. Sebelum itu, supaya kita tidak berputus asa dan rasa gembira, marilah kita merujuk kepada senario umat Islam yang diucapkan oleh Rasulullah S.A.W dalam satu khutbah

“Berlakunya zaman kenabian dgn apa yg dikehendaki Allah kemudian Allah S.W.T mengangkatnya menghilangkannya mengikut kehendak Allah juga untuk menghilangkannya. Setelah wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. Kemudian khilafah mengikut dasar-dasar yang dituju oleh kenabian berlaku dgn apa yang dikehendaki oleh Allah kemudian Allah mengangkatnya, hilang mengikut apa yang Allah mahu mengangkatnya. Berlakunya zaman pemerintahan beraja yang menggigit, memamah rakyat mengikut apa yang Allah kehendaki dan Allah mengangkatnya bila Allah menghendaki utk mengangkatnya. Kemudian berlaku pemerintahan yang memaksa rakyat mengikut apa yang Allah kehendaki dan Allah mengangkatnya bila Allah ingin mengangkatnya dan akhirnya tegak semula khilafah mengikut dasar dan ajaran yang dibawa oleh Nabi kemudian Nabi mendiamkan diri.”

Ini adalah senario yang akan berlaku kepada umat Islam yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Apa yang berlaku hari ini adalah muqaddimah-muqaddimah pendahuluan kepada pembaharuan itu.

Biasanya Allah mengubah bumi dengan gempa bumi yang meledak, banjir yang besar, kemarau yang panjang, kebakaran yang besar, berlaku perubahan selepas itu. Itulah adat dunia.

Senario perjalanan manusia begitu juga berlakunya lebih kurang.

Apa yang dilalui umat Islam selepas kemangkatan Nabi Muhammad S.A.W berlaku pertelingkahan untuk melantik khalifah, siapa yang mengganti untuk memimpin negara selepas ketiadaan Rasulullah S.A.W.

Walaupun mereka bertelingkah, menimbulkan mazhab politik di kalangan umat Islam, Sunni, Syiah dan Khawarij, mereka tidak bertelingkah pd hukum feqah dan aqidah. Itu pada awalnya.

Setelah manusia ramai jumlahnya, umat Islam juga ramai jumlahnya, timbul pelbagai pemikiran, mazhab-mazhab feqah, mazhab-mazhab aqidah dan mazhab-mazhad akhlak/tasawuf. Timbulnya pelbagai mazhab.

Mereka yang menamakan ahli sunnah wal jamaah ada mazhab feqahnya. Dalam aqidah, timbulnya mazhab salaf dan khalaf.

Mazhab salaf ialah generasi awal, tahun 1 sehingga 3 hijrah. Mazhab khalaf ialah mazhab yang mutaakhir. Tahun 3 selepas berlakunya pengaruh penterjemahan falsafah dalam masyarakat Islam.

Mazhab-mazhab aqidah ada kalangan mereka termasuk ulamak, mazhab feqahnya sama, aqidahnya lain.

Malangnya, apabila kita tidak belajar sejarah maka jadi pergaduhan. Itu puncanya.

Di zaman mutakhir ada yang menekan mazhab salaf dikenali dengan Wahabi, pengikut Muhammad bin Abdul Wahab dan Ibnu Taimiyyah Ibn Qayyim yang tegas dengan mazhab salafnya menolak mazhab khalaf.

Timbul pertembungan diantara ahli sunnah wal jamaah. Di dalam syiah juga, ada yang aqidahnya Salaf, aqidahnya Khalaf, feqahnya Zaidiyyah dan lain-lain. Apa yang menarik, semua mazhab-mazhab ini mengaku ahli sunnah wal jamaah, bukan kita sahaja.

Ini perlu dibahas secara ilmu. Dan ulamak-ulamak dahulu suka mengkaji secara dalaman. Mereka tidak berperang. Contoh khilaf antara Imam Syafie dan Imam Ahmad.

Imam Ahmad terkenal dengan keras, imam Ahmad mazhab Hambali menjadi pegangan Wahabi, keras! Bukan sahaja masalah aqidah, termasuk masalah feqah. Cth imam ahmad kata siapa tinggal solat dgn sengaja jadi kafir dengan nyata. Imam Syafie tny Imam Ahmad mcm mana untuk jadi Islam semula? Imam Ahmad jwb, solat semula.

Syafie balas, syarat sah solat ialah Islam. Macam mana solat dia xsah, Imam Ahmad diam tak boleh jawab.

Ini menunjukkan adanya huraian-huraian yang perlu difahami.

Pertelingkahan Arab Saudi dan Iran berpunca peletakan jawatan Saad Harirh, Perdana Menteri Lubnan yang ada dua atau tiga kerakyatan, Lubnan, Saudi dan Perancis.

Dia pemimpin parti masa depan di Lubnan, parti sekular bukan parti Islam. Mengikut perlembagaan Lubnan yang ditinggalkan Perancis, oleh kerana Lubnan masyarakat majmuk, mereka bersetuju ikut perbincangan Perancis.

Presidennya Kristian Maronite, Perdana Menterinya pengikut Sunnah dan Speaker Parlimennya pengikut Syiah. Itu perlebagaan mereka. Tiada masalah untuk beberapa tahun. Pada zaman mutaakhir, bila semua parti tak boleh tubuh kerajaan, dia buat kerajaan campuran. Setelah berunding, gagal beberapa lama hampir dua, tiga tahun akhirnya bersetuju buat kerajaan campuran. Campuran diantara Parti Mustaqbal dan parti-parti lain dengan Hizbullah, parti Syiah dan parti pecahan ikhwan.

Ikhwan pecah dua, satu sokong Mustaqbal, satu bergabung dengan Hizbullah. Jamaah Islamiyah tiada kerusi dalam parlimen.

Lubnan adalah barisan hadapan menghadapi Israel sebagaimana Syria, barisan hadapan menghadapi Israel. Jordan dan Mesir, barisan hadapan menghadapi Israel dan disana ada kumpulan-kumpulan Islam yang merupakan barisan hadapan menghadapi Israel.

Palestin ada dua kumpulan. Sunni, yang satu tanzim jihad, pecahan dari Ikwanul Muslimin, ditubuhkan pada tahun 1982. Yang kedua Hamas, pecahan Ikhwanul Muslimin juga, ditubuhkan pada tahun 1988. Ini kerana perselisihan sama ada ingin terlibat dalam pilihan raya atau tidak dimana tanzim Jihad ditubuhkan dahulu daripada Hamas dan dapat bantuan daripada Iran. Hamas juga mendapat bantuan daripada Iran dan beberapa negara Arab yang lain.

Apa yang berlaku ini adalah kaitan dengan campur tangan asing terhadap dunia Islam. Apabila mereka gagal menjatuhkan Islam secara ketenteraan, mereka menjatuhkan Islam secara politik dengan mengambil sudut-sudut perbezaan mazhab dan kaum di kalangan umat Islam untuk mencetuskan kekacauan.

Perbezaan mazhab dan kaum dijadikan sebab untuk memecahkan umat Islam. Disinilah kita disuruh sembahyang merapatkan saff supaya syaitan tidak boleh mencelah. Sama juga dengan hidup bermasyarakat, merapatkan saff. Kalau tidak merapatkan saff, syaitan boleh masuk berkelahi.

Bermula dengan kelemahan kerajaan Uthmaniyah, khilafah Islam yang paling akhir yang tumbang pada tahun 1924. Sebelum kejatuhan itu, penjajah barat telah melakukan kepungan melalui kejayaan mereka mengembara ke wilayah Islam yang membawa kepada kejatuhan satu demi satu negara Islam.

Kerajaan Uthmaniyah cuba mengukuhkan kedudukan, merapatkan semula umat Islam melalui ilmu dan melalui projek hubungan, transport. Maka ditubuhkan Universiti Deoband, India oleh ulamak-ulamak India bagi menghadapi serangan pemikiran British di sebelah Timur, di India khususnya.

Bersambung

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

seven + 2 =