Tuan Guru Abdul Hadi Terima Kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa

Tuan Guru Abdul Hadi Terima Kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa

Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menerima kunjungan Syeikh Dr. Ekrimah Said Sobri Jumaat lalu. Syeikh Dr. Ikrimah merupakan Imam dan Khatib Masjid Al-Aqsa.

Memetik sumber akaun rasmi Facebook Tuan Guru, pertemuan tersebut berlangsung pada sebelah malam bertempat di Kuala Lumpur.

Menurut sumber sama, pertemuan tersebut membincangkan isu semasa melibatkan umat Islam Palestin.

“Pertemuan mahabbah ini banyak membincangkan isu umat Islam Palestin dan situasi semasa yang berlaku di sana khususnya melibatkan tekanan ekonomi terhadap rakyat Gaza dan kerjasama antara Hamas dan Fatah.

“Tuan Guru mengirimkan salam umat Islam di Malaysia kepada rakyat Palestin dan menyatakan komitmen PAS terhadap isu Palestin sejak daripada dahulu lagi,” demikian catatan laman rasmi Facebook beliau.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

three + seven =