Media KUIS Terima Kunjungan Syeikh Ali Al Qurah Daghi

Media KUIS Terima Kunjungan Syeikh Ali Al Qurah Daghi

Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) Cawangan Asia Tenggara telah menerima kunjungan Setiausaha KUIS yang berpusat di Qatar, Syeikh Dr Ali al Qurah Daghi Rabu lalu.

Satu pertemuan membincangkan halatuju dakwah bersama belau turut diakan di hotel Sama Sama KLIA Sepang.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Ustaz Zaharudin Muhammad , Ustaz Kamal Nazmi selaku Pengarah Media KUIS Cawangan Asia Tenggara serta jamaah sidang editorial KUIS lain turut mengikuti diskusi tersebut.

Mengulas lanjut hasil pertemuan tersebut, Ustaz Kamal Nazmi selaku Pengarah Media KUIS berkata, ia bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara pejabat rasmi KUIS yang bertapak di Qatar.

Tambah beliau, kunjungan itu juga mengeratkan lagi hubungan kerja dalam usaha melancarkan gerak kerja dakwah melalui media massa khususnya medium rasmi seliaan Media KUIS Cawangan Asia Tenggara.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− 3 = two