Sheikh Qurrah Daghi Puji Kepimpinan Abdul Hadi

Sheikh Qurrah Daghi Puji Kepimpinan Abdul Hadi

Setiausaha Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), Syeikh Dr Ali al Qurahdaghi menyanjung tinggi kepimpinan Naib Presiden KUIS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan menyifatkannya sebagai seorang pemimpin Islam dalam gerakan Islam.

Sanjungan tersebut disuarakan beliau Rabu lalu dalam pertemuan bersama ahli sidang editorial Media KUIS Cawangan Asia Tenggara Rabu lalu. Pertemuan tersebut diadakan di Hotel Sama-Sama KLIA Sepang.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ustaz Zaharudin Muhammad dan Pengarah Media KUIS cawangan Asia Tenggara, Ustaz Kamal Nazmi serta beberapa ahli sidang editorial laman KUIS yang lain.

Dalam pertemuan itu, Syeikh Dr Ali Qurahdaghi berulang kali mengagumi Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Katanya, Tuan Guru Abdul Hadi merupakan seorang pemimpin yang sentiasa berprinsip dengan ajaran Islam dalam arena gerakan Islam tanahair.

Mengakhiri pertemuan, Syeikh Dr Ali Qurahdaghi turut berkata, rakyat Malaysia wajar menyokong dan mendokongi usaha ke arah kebaikan yang diperjuangkan oleh para ulamak yang ikhlas serta melaksanakan kerja memenangkan Islam.

Beliau dalam masa sama mendoakan agar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sentiasa dianugerahkan kesihatan dan kekuatan untuk memimpin masyarakat ke arah kebaikan, serta Islam terus menyinar di bumi Malaysia.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− six = four

Comments