Penafian Penglibatan Dalam Program “Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi”

PENAFIAN PENGLIBATAN DALAM PROGRAM “SAYANGI MALAYSIA HAPUS KLEPTOKRASI”

1. Kami menerima kiriman poster ini sebentar tadi daripada seorang netizen yang bertanyakan tentang penglibatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam program ini.

2. Kami menafikan sekeras-kerasnya penglibatan kami samada atas kapasiti peribadi atau jawatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam program ini.

3. Kami menghormati hak kebebasan bersuara di Malaysia, namun berpendirian untuk kekal tidak memihak kepada mana-mana parti politik atas kapasiti Mufti Wilayah Persekutuan. Justeru, tindakan membuat poster ini dan menyebarkannya tanpa usul periksa adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

4. Semasa program ini dijalankan, kami berada dalam penerbangan daripada Labuan ke KLIA 2 selepas menghadiri program di sana.

5. Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk lebih berhati-hati dan menyelidik hal yang belum dipastikan lagi. Media sosial hendaklah dimanfaatkan dengan baik dan sewajarnya untuk tujuan yang bermanfaat.

6. Semoga Malaysia akan terus aman damai di bawah lembayung pemerintahan D.Y.M.M Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V

Akhukum fillah

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

seventy seven − seventy three =