Erdogan Perkukuh Hubungan Dengan Iran

Erdogan Perkukuh Hubungan Dengan Iran

Oleh: Asmaa Yusof

Referendum kemerdekaan Kurdistan Iraq pada 25 September lalu telah mendorong Turki dan Iran, dua negara penentang pemisahan Kurdistan dari Iraq itu merapatkan hubungan dan kerjasama.

Peningkatan kerjasama ini diperlihatkan melalui lawatan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ke Tehran, menyusuli pertemuan pemimpin tentera kedua-dua negara di ibu negara masing-masing sejak sebulan lalu.

Referendum yang asalnya dirancang diadakan pada tahun 2014, dan kemudian 2016 tersebut akhirnya berjaya diadakan setelah beberapa kali ditunda.

Presiden Turki, Rcep Tayyip Erdogan dalam lawatan rasmi beliau ke Ibukota Iran, Taheran 4 Oktober lalu membicangkan kerjasama dua hala antara kedua negara tersebut.

Erdogan juga menyeru tindakan lebih tegas diambil sebagai tindak balas kepada cubaan pemerintah Kurdish (KRG) untuk berpecah dari Iraq.

Menurut laporan Al-Jazeera,Erdogan dalam sidang medianya menyatakan langkah-langkah tegas akan diambil bermula sekarang bagi menangani masalah tersebut.

Namun demikian, beliau tidak menyatakan secara jelas apakah tindakan yang akan diambil Ankara walaupun pada awalnya Ankara turut dikecam untuk menutup sempadannya dengan pemerintahan Kurdish.

“Ia merupakan referendum yang tidak sah, dan kami tidak menerimanya.

“Apa gunanya referendum mereka? Tidak ada yang mengiktiraf mereka selain Israel,” ujar beliau kesal.

Tegasnya, pemimpin Kurdish tidak boleh mengesahkan referendum dengan menyelaraskan dirinya dengan agensi mata wang Israel, Mossad.

Beliau berkata, Turki dan Iran bersetuju untuk berhadapan ancaman perpecahan Iraq, serta Syria.

Rouhani dalam masa sama turut mengisytiharkan bangkanganya terhadap tindakan negara Kurdish, walaupun dia mengatakan bahawa negaranya tidak memberi ancaman kepada penduduk Kurdish.

“Apa yang kami halusi, Iraq adalah satu negara tunggal.

“Kami tidak menerima apa-apa perubahan geografi.

“Tetapi orang-orang Kurdistan Iraq adalah jiran kita yang baik, adik-beradik kita, kita tidak mahu mereka mengalami sebarang tekanan, kita tidak mahu melakukan tekanan ini,” kata Rouhani sambil menyalahkan pegawai Kurdish atas keputusan untuk meneruskan referendum itu.

Erdogan dan Rouhani juga mengumumkan untuk menyokong usaha damai di Syria. Selain Turki dan Iran, kerajaan pusat Iraq di Baghdad juga menentang referendum tersebut.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− three = 5