Derita Kanak-Kanak Rohingya Tiada Penghujung

Derita Kanak-Kanak Rohingya Tiada Penghujung

Kira-kira seramai 1,400 kanak-kanak Rohingya telah menyeberangi sempadan Myanmar untuk memasuki Banglaesh. Mereka semua terpaksa melalui sempadan tersebut tanpa kedua ibu bapa dimana majoriti kanak-kanak tersebut yatim piatu.

Demikian laporan terbaru Al-Jazeera semalam menyatakan ketakutan yang dialami kanak-kanak itu.

Penulis Al-Jazeera, Saif Khalid dalam artikel beliau sempat merakamkan kisah pederitaan beberapa orang kanak-kanak Rohingya. Salah seorang darinya ialah Rashid, 10 seorang pelarian yatim piatu.

Menurut beliau, Rashid kini memikul tanggungjawab yang berat menjaga adiknya, Rashida setelah kehilangan ayahnya, Zahid Hossain dan ibunya, Ramija Khatun yang telah dibunuh oleh tentera Myanmar.

Sebelum ini, Rashid tinggal bersama ibu bapa dan enam adik beradik lain di Kampung Maungdaw sehingga 25 Ogos lalu. Selepas itu, dia terpisah dari keluarganya apabila perkampungan Rohingya diserang tentera Myanmar.

Katanya lagi, dia mendapat khabar adik-beradik lainnya telah meninggal dunia.

“Serangan berlaku pada hari Jumaat.

“Saya menarik tangan adik saya dn melarikan diri ke bukit berdekatan.

“Selepas tentera beredar, saya kembali ke rumah dan mendapati ibu bapa saya dibunuh,” katanya.

Tambah Rashi, dia tiba di Bangladesa sehari sebelum perayaan Aidiladha 1 September lalu selepas berjalan hampir tiga hari untuk tiba di sempadan Bangladesh.

Selain itu, Ajija Begum, 9 turut menceritakan pengalamat pedih setelah melihat sendiri ibu bapanya dibunuh semasa dia dan adiknya bersembunyi di dalam semak berhampiran.

“Saya melihat tentera membunuh ibu bapa saya semasa bersembunyi di dalam semak.

“Mereka toreh tekak ayah saya dan menikam perut ibu saya menggunakan pisau,” ujarnya.

Memetik laporan sama, Al-Jazeera memaklumkan satu Pusat Mesra Kanak-anak (CFS) di Kem Pelarian Kutupalong telah dibuka. Lebih daripada 60 orang kanak-kanak pelaria disediakan aktiviti menarik seperti mewarna, melukis, bermain dan sebagainya.

Sumber: http://www.aljazeera.com/indepth/features/2017/09/rohingya-children-recall-horror-losing-parents-170923101726789.html

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

twenty one − = thirteen