Ucapan Takziah KUIS Kepada Almarhum Sheikh Dr. Mohammad Soleh

Ucapan Takziah KUIS Kepada Almarhum Sheikh Dr. Mohammad Soleh

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, KUIS telah menerima berita kematian Sheikh Dr. Mohammad Soleh Mustafa Kabori Rabu lalu. Almarhum meninggal dunia di usia 79 tahun.

Beliau merupakan profeser dalam bidang tafsir di Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Imam, Riyadh, dan merupakan salah seorang ulamak Kurdi di Syria. Beliau dianggap sebagai salah satu ulamak terbaik dalam pemikiran moden.

Beliau turut terlibat dalam pelbagai bidang lain, dan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan aspek sosial dan politik. Almarhun Dr. Soleh bertemu dengan ramai pemikir serta ulamak daripada tokoh-tokoh berpengaruh Kurdish dan Islam yang terkemuka.

Umat Islam kini telah kehilangan seorang daripada ulamaknya. Kita memohon kepada Allah SWT yang Maha Tinggi dan Maha Berkuasa agar mengampuninya dan memberkatinya, memberinya sebaik-baik pahala, kemuliaan, meluaskan tempat berehatnya, dan memasukkannya ke dalam Syurga Firdaus.

Semoga Allahyaram bersama orang-orang yang dikurniakan nikmat di kalangan para nabi, orang yang benar, dan orang yang mati syahid di akhirat kelak.

Kami juga memohon supaya Allah mengurniakan saudara-saudara kita di Syria dan umat Islam umumnya serta ahli keluarga tercintanya diberikan kesabaran dan ketenangan.

Wahai Tuhan sebaik-baik pendamping dan Yang Memakbulkan doa.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

twenty four − = seventeen