Mengharap Tahun Baru Yang Indah Buat Umat Islam

Mengharap Tahun Baru Yang Indah Buat Umat Islam

Ya Allah, kami merendah diri kepada Engkau dengan namamu yang indah, jadikanlah tahun baru kami tahun yang baik, mulia, diberkati dan sejahtera ke atas umat dan negara kami.

Demikian doa yang dibaca Setiausaha Agung KUIS, Sheikh Dr. Qurrah Daghi Ali Mahyiddin sempena menyambut tahun baru hijrah.

Beliau dalam masa sama berharap agar umat Islam hari ini bersatu dan Masjid Al-Aqsa dibebaskan.

“Engkau satukanlah umat ini dalam kebaikan. Engkau bebaskanlah Masjid Al-Aqsa dan Palestin.

“Engkau perbaikilah sikap pemerintah dan rakyat. Engkau jauhkanlah kami dari fitnah yang zahir atau tersembunyi dan tetapkanlah kami untuk berkhidmat kepada negara dan umat,” katanya.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

seven + one =