Dua Ulamak Bincang Kelangsungan Dakwah Negara

Dua Ulamak Bincang Kelangsungan Dakwah Negara

Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, KUIS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini telah mengadakan ziarah dan liqo’ mahabah bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibussamahah Dr. Zulkifli Al-Bakri.

Memetik catatan media rasmi facebook Dr. Zulkifli, pertemuan mereka adalah bagi membincangkan beberapa isu agama termasuk peranan institusi agama dalam menyampaikan dakwah.

“Pada pagi yang mulia ini – 30 Zulhijjah 1438H – bersamaan 21 Sept, kami dikunjungi Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia yang juga Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam kunjungan mahabbah ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

“Antara perbincangan dan mutiara nasihat ialah peranan institusi agama dalam menyampaikan dakwah,” katanya.

Selain itu, liqo’ mahabbah tersebut telah membuahkan beberapa kata nasihat berkisar sifat seorang pendakwah dan ulamak.

Memetik catatan sama, Mufti Wilayah menggariskan beberapa isi penting mutiara kata hasil pertemuan.

Beliau menyatakan sifat wasatiy dan kesederhanaan perlu dijelmakan dalam kehidupan ini.

Tambahnya, seorang pendakwah perlu memahami fiqh waqie dan realiti dalam menghadapi cabaran semasa serta mengawal sikap kita terhadap pelbagai isu.

Meneruskan catatan beliau memberitahu menghidupkan khazanah ilmiah dengan penyelidikan dan kajian serta berijtihad secara jamaie juga sangat perlu bagi seorang daie (pendakwah).

Mengakhiri ulasan beliau berharap agar pertemuan tersebut mampu menbuahkan hasil yang bermanfaat demi memastikan Islam ditegakkan.

“Semoga ia memberi manfaat kepada kita dalam memahami realiti semasa untuk menegakkan syiar Islam dengan penuh hikmah dan rahmat.

“Kami mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairal jaza’ atas ziarah yang bersejarah ini,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− one = seven