Genosid Rohingya: Aung San Suu Kyi Tetap Angkuh

Genosid Rohingya: Aung San Suu Kyi Tetap Angkuh

Oleh: Aisyah Yamin

Dunia kini mendesak tentera Myanmar dan pemimpin awam tertinggi negaranya, Aung San Suu Kyi untuk menamatkan pembunuhan dan penindasan besar-besaran terhadap etnik Rohingya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB, Antonio Guterres dalam masa sama turut menyeru pembunuhan beramai-ramai itu dihentikan segera.

Katanya, tindakan tersebut jelas menyalahi undang-undang dan tentera Myanmar seharusnya menangguhkan operasi mereka di barat Rakhine dan membenarkan penduduk Rohingya kembali ke kampung mereka.

Al-Jazeera dalam perkembangan terbaru Khamis lalu melaporkan sekurang-kurangnya 400,000 peduduk Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh sejak keganasan berlaku lewat bulan lalu.

Dalam perkembangan lain, Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi dilaporkan telah mendapat kritikan keras pelbagai pihak sejak sebulan lalu ekoran penindasan yang berlaku.

Pemimpin dari UK, AS, Perancis, Kanada dan Australia turut menggesa Suu Kyi mengakhiri keganasan terhadap Rohingya.

Namun demikian, Syu Kyi membidas gesaan tersebut dengan menyatakan beliau tidak takut dengan arahan tersebut. Malah katanya, beliau menjemput semua melihat sendiri masalah sebenar yang berlaku.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

82 − = eighty one