Dr Azman: Jangan Perkecilkan Kelayakan Guru Tahfiz

Dr Azman: Jangan Perkecilkan Kelayakan Guru Tahfiz

Berikut adalah coretan beliau yang menarik sebagai renungan bersama :

” Orang yang mempertikaikan kelayakan ustaz-ustaz yang ikhlas mendidik anak-anak tahfiz kononnya mereka tidak mempunyai cukup kelayakan bagi saya ibarat orang yang mempertikaikan hasrat ibu-bapa yang tak bersekolah tapi bersungguh-sungguh mendidik anak-anak mereka supaya berjaya. Tak ada anak-anak yang kata, “Ayah pun SPM gred 3, nak ajar kita konon!”

Di tahfiz masing-masing ambil peranan. Bukan semua mesti hafiz. Ada guru hafiz jaga bahagian tasmi’ dan ada yang bertugas bidang lain. Memang ramai tak ada diploma pendidikan. Tapi diploma pendidikan bukan satu-satunya ukuran seseorang layak jadi guru. Nak minta jadi guru dengan KPM, memang perlu ada DipEd.

Ikut ajaran puak-puak ni, budak-budak sekolah rendah yang bercita-cita nak jadi doktor bolehlah mempertikaikan kelayakan guru-guru mereka yang berkelulusan maktab perguruan. “Cikgu! Saya nak jadi doktor! Saya tak nak belajar dengan cikgu! Saya tahu cikgu cuma lepasan maktab!”

Biasa saja anak murid boleh pergi lebih jauh dari guru. Tapi ke mana pun anak murid itu sampai, jangan lupa bahawa guru tetap guru.

-Dr Azman Ibrahim”

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

thirty − = 24