Akhirnya DBKL Akur Batal “Better Beer Festival 2017”

Akhirnya DBKL Akur Batal “Better Beer Festival 2017”

Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017′ mendapat pujian pelbagai pihak.

Festival tersebut dirancang diadakan pada 6 dan 7 Oktober depan di Solaris Damansara, Kuala Lumpur menyasarkan 6000 orang pengunjung.

Walaubagaimanapun, pelbagai pihak menyatakan kemarahan mereka sebelum notis penolakan permohonan dikeluarkan pihak DBKL.

Rata-rata masyarakat menyatakan festival tersebut hanya mengudang kemarahan umat Isam.

Terdahulu festival sama telah diadakan pada tahun 2012 sebanyak dua kali dengan kehadiran mencecah 3000 orang.

Turut menyatakan bantahan sama ialah Ustaz Khalil yang menyifatkan tindakan DBKL sebagai satu langkah berani dan berinspirasi.

“Langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran Better Beer Festival 2017 (BBF17) menunjukkan betapa sesuatu kemungkaran boleh ditangani dengan menghalangnya melalui kuasa pentadbiran serta peruntukan perundangan yang ada.

“Pihak kerajaan di semua peringkat seharusnya tidak merasa sangsi untuk memastikan penganjuran seumpama ini dicegah di mana ia berpotensi menghadirkan banyak kesan negatif berbanding kebaikan.

“Walaupun pasti berdepan kritikan pihak-pihak tertentu yang ghairah hatta dengan ‘dalil-dalil’ kebebasan dan hak sekalipun, tindakan berani DBKL itu adalah titik penting ke hadapan.

“Ia akan menjadi inspirasi dan kekuatan kepada pihak berkuasa lain untuk tegas dengan pendirian sama, serta menjadi peringatan kepada penganjuran seumpama sewenang-wenangnya dari diadakan. Hanya mereka yang mahu mencabar, melawan arus dan degil sahaja akan cuba untuk tetap menganjurkannya,” kata beliau.

Selain itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri turut merakamkan pujian kepada pihak DBKL.

Katanya, DBKL telah membawa aspirasi rakyat Malaysia yang menolak penganjuran sebarang pesta tidak bermoral dan merosakkan rakyat.

Beliau turut menyatakan harapannya agar ia menjadi peringatan kepada mana-mana pihak yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hub aktiviti tidak bermoral dan tidak berakhlak.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

three + five =