Netizen Berang Pihak Salahkan Pusat Tahfiz Setelah Cerita Sebenar Terbongkar

Netizen Berang Pihak Salahkan Pusat Tahfiz Setelah Cerita Sebenar Terbongkar

Isu kebakaran pusat tahfiz yang mengorbankan 23 nyawa kini semakin hangat menjadi bualan.

Ramai dikalangan netizen melahirkan simpati di atas apa yang berlaku namun tidak kurang juga yang mengeluarkan persepsi negatif terhadap pengurusan pusat tahfiz.

Selain itu, ada juga pihak yang menyuarakan ketidakpuasan mereka sehingga mengarahkan semua pusat tahfiz ditutup.

Lebih malang, terdapat juga di kalangan agamawan yang turut mengkritik pusat tahfiz dan membidas perkara tersebut dengan menyifatkan isu ini sering dilatari dengan sentimen agama.

Membidas perkara sama, mereka turut menuduh pihak pengurusan menyalahgunakan sumbangan yang dihulurkan kepada pusat tahfiz.

Hal demikian jelas mengundang kemarahan warga netizen melalui laman media social. Rata-rata menyanggah tuduhan yang dibuat tersebut.

Namun demikian, segala pertuduhan terjawab selepas sidang media khas tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diadakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh.

Hasil siasatan mengesahkan insiden tersebut adalah bermotifkan dendam dan dilakukan oleh remaja belasan tahun yang disahkan positif dadah.

Ekoran keputusan siasatan tersebut, warga netizen mula berang kepada pihak yang menuduh institusi tahfiz dengan pelbagai kritikan setelah terbongkar punca sebenar kebakaran tahfiz adalah hasil perbuatan jenayah.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

one + 9 =