Suasana Pilu Selubungi Majlis Pengebumian

Suasana Pilu Selubungi Majlis Pengebumian 

Insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Al-Ittifaqiyah terus mendapat liputan media termasuk agensi berita antarabangsa Al-Jazeera, BBC dan lain-lain yang menyifatkannya sebagai salah satu kejadian paling menyayat hati.

Bedah siasat yang diadakan pagi semalam dilaporkan berjalan lancar menyaksikan ahli keluarga mangsa memenuhi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur.

Memetik sumber akhbar tempatan Harian Metro, seramai 12 jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur manakala jenazah selebihnya dikebumikan di kawasan masing-masing selepas kesemuanya dimandikan dan dikafankan di Surau Madrasah Islamiah Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kesemua 23 jenazah juga disembahyangkan di Masjid Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam. Urusan pengebumian diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Rata-rata netizen menzahirkan kesedihan mereka terhadap apa yang berlaku dan mendoakan kebaikan buat kesemua mangsa kejadian.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eight + two =