KUIS Kecam Penangkapan Ulamak

KUIS Kecam Penangkapan Ulamak

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, KUIS begitu kesal dan memandang serius isu penangkapan pendakwah yang dilakukan kerajaan Arab Saudi termasuk penahanan Ahli Majlis Pemegang Amanah KUIS, Sheikh Dr. Salman Al-‘Audah.

Setiausaha Agung KUIS, Sheikh Qurra Daghi dalam kenyataan terbaru beliau menzahirkan kekecewaan dan mendoakan kesejahteraan buat semua yang dalam tahanan.

“Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, KUIS menyampaikam dengan ucapan penuh kemuliaan, semoga kalian berada dalam keadaan sihat dan dikurniakan taufiq dan kasih sayang.

“Janganlah kalian takut dan gentar dengan kehadiran satu bentuk kezaliman yang menentang para ulamak di Mesir serta Arab Saudi.

“Ini kerana, sebahagian besar para ulamak dan pendakwah mengambil berat tentang isu Islam,” demikian catatan beliau.

Sheikh Qurra Daghi dalam masa sama meminta seluruh para ulamak ummat khususnya ahli Kesatuan agar memperkatakan isu ini dalam khutbah (jumaat) mereka.

Selain itu, beliau menggesa supaya semua pihak mencari penyelesaian melalui tindakan undang-undang untuk mendesak mereka semua dibebaskan segera.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

twenty four − = fourteen