Wasiat Terakhir Sang Syahid

Wasiat Terakhir Sang Syahid 

Insiden kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, hari ini terus mendapat perhatian dan simpati orang ramai.

Seramai 24 mangsa disahkan meninggal dunia manakala beberapa orang mangsa cedera parah ditahan di Hospital Kuala Lumpur.

Antara ahli keluarga yang terlibat ialah Norhayati Khalid,42. Beliau kehilangan anak lelakinya Amiel Asyraf Abdul Rashid, 11.

Memetik sumber akhbar tempatan berita harian, arwah telah memberi surat itu kepadanya semasa kali terakhir mereka bertemu di pusat tahfiz itu.

Katanya, arwah menyatakan hasratnya untuk menolong ibu bapanya dimasukkan ke syurga dan minta maaf, jika ada salah dan silap.

“Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa.

“Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.

“Amiel tak tahu macam nak balas jasa budi ayah dan ibu hanya ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga Firdaus,” demikian kandungan surat tersebut.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

39 − thirty seven =