Insiden Kebakaran Pusat Tahfiz; Ustaz Khalil Rakam Takziah

Insiden Kebakaran Pusat Tahfiz; Ustaz Khalil Rakam Takziah

Pengerusi Lajnah Al-Quds KUIS, Ustaz Khalil Abdul Hadi berkongsi kesedihan beliau bersama seluruh warga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang mengalami tragedi kebakaran awal pagi tadi.

Insiden tersebut dilaporkan meragut seramai 24 orang mangsa terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar.

Beliau dalam kenyataannya berkata, seluruh negara tentunya terkejut dan simpati dengan tragedi yang menimpa anak-anak yang sedang menuntut ilmu ini.

Katanya, ia merupakan satu ujian yang besar kepada seluruh keluarga mangsa.

“Pastinya ia satu ujian yang sangat besar terhadap keluarga mangsa yang terlibat.

“Tidak ada kalimah dan ucapan yang paling sesuai melainkan bersabar dan berdoa agar setiap kehilangan ini diberikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT di kemudian hari,” katanya.

Selain itu, beliau turut memohon semua pihak agar mengelakkan sebarang kenyataan berbentuk prejudis dan mengandungi persepsi negatif.

Tambahnya, pihak berwajib berhak sepenuhnya untuk melaksanakan siasatan yang sewajarnya.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

two + five =