Politik Toksik Disertakan Dengan Elemen LGBT

TOKSIK

Tragedi kempen anti politik toksik disertakan dengan elemen LGBT, menyedarkan kita betapa pentingnya bagi orang yang mahu bergiat dalam politik agar mencermati selok-belok ideologi.

Ya, ia memang topik yang merimaskan, tetapi kita perlu sedar bahawa ideologilah yang mencorak sesebuah kempen politik. Bahkan ia tidak datang secara sendirian, melainkan pasti ada pendana dan pelobi dari kuasa luar.

Kebodohan segelintir golongan yang turut serta dalam kempen toksik lgbt adalah contoh kesan apabila mahu berpolitik tetapi tidak mengambil berat isu ideologi.

Di samping itu, warna ungu pula merupakan kod warna sinonim bagi kempen feminisme yang berakarkan gerakan liberalisme di peringkat antarabangsa. Itu pun jika kita meneliti topik color revolution.

Abdul Mu’izz Muhammad
12 September 2017

*Artikel ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (cawangan Asia Tenggara). Artikel ini juga dimuatnaik tanpa mengubah apa-apa dari yang asal. Penulis merupakan Felo Akademi Al-Ghazali.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

21 − nineteen =