Majlis Keselamatan PBB Atur Pertemuan, Bincang Situasi Rohingya

Majlis Keselamatan PBB Atur Pertemuan, Bincang Situasi Rohingya

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB bakal mengadakan pertemuan tergempar membincangkan krisis pembersihan etnik Rohingya di Myanmar, demikian menurut laporan terbaru Al-Jazeera bertarikh 12 September.

Selain itu, Britain dan Sweden juga bakal mengadakan pertemuan sebagai bantahan ke atas krisis kemanusiaan tersebut.

Al-Jazeera dalam laporan sama melaporkan, kira-kira 370 ribu etnik Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh. Angka tersebut direkod menurut catatan PBB sejak siri penindasan berlaku pada 25 Ogos lalu.

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Zeid Ra’ad dalam kenyataan beliau Isnin lalu mendakwa tindakan pihak berkuasa Myanmar secara jelas melanggar prinsip asas undang-undang.

Beliau dalam masa sama menyeru kerajaan Myanmar menghentikan kekejaman tersebut.

“Saya menyeru kerajaan untuk menamatkan operasi ketenteraan yang kejam, dengan akauntabiliti untuk semua pelanggaran yang telah berlaku, dan untuk membalikkan pola diskriminasi yang teruk dan meluas terhadap penduduk Rohingya,” katanya.

Sumber: http://www.aljazeera.com/news/2017/09/security-council-discuss-rohingya-situation-170912083144394.html

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

forty three − thirty nine =