Sembah Takziah Di Atas Kemangkatan KDYMM Sultan Kedah

SEMBAH TAKZIAH DI ATAS KEMANGKATAN KDYMM SULTAN KEDAH

Patik dan seluruh ahli PAS merafak sembah takziah kepada Kerabat Diraja Kedah di atas kemangkatan KDYMM Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

Sesungguhnya seluruh rakyat merasa sedih dan berdukacita di atas kemangkatan Baginda meninggalkan pemerintahan dengan adil dan disayangi oleh rakyat jelata.

Patik sepenuhnya mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan ke atas roh Baginda dan semoga segala amalan diterima oleh Allah SWT serta ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

ABDUL HADI AWANG

 

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

ninety five − = ninety two