Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Seru Arab Saudi Segera Bebaskan Sheikh Salman Al-‘Audah

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Seru Arab Saudi Segera Bebaskan Sheikh Salman Al-‘Audah

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mengutuk penahanan ahli Majlis Pemegang Amanah KUIS, Sheikh Dr Salman Al-‘Audah. Beliau, Sheikh Al-Qarni dan Sheikh Al-‘Umari merupakan antara ulamak yang diberitakan sedemikian semalam walaupun sebarang makluman rasmi belum dikeluarkan oleh Arab Saudi.

Anggota Majlis Pemegang Amanah KUIS itu merupakan seorang yang komited dalam dakwah Islamiah dengan pendekatan wasatiyyah sebagaimana dibawa KUIS.

Walau bagaimanapun, Sheikh Al-‘Audah sebelum ini telah diuji dengan pemergian isteri dan anak lelakinya ke rahmatullah.

Setiaudaha Agung KUIS, Sheikh Dr Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi menyatakan bahawa krisis itu tercetus antara negara-negara Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk yang tiada kaitan langsung dengan Sheikh Al-‘Audah melainkan seruannya ke arah perpaduan di akaun laman sosial Twitter miliknya.

“Wahai Tuhan kami, kepada-Mu segala pujian kami tidak berupaya membatasi dan menghitung pujian bagiMu sepertimana Engkau memuji diriMu. Ya Allah, satukanlah hati-hati mereka dalam perkara-perkara kebaikan untuk rakyat mereka,” ujar beliau di akaun laman sosial Twitter tersebut sejurus panggilan telefon antara Raja Qatar dengan Putera Mahkota Saudi baru-baru ini.

KUIS menzahirkan kebimbangan dengan berita penahanan Sheikh Dr Salman Al-‘Audah serta sebilangan ulamak dan pendakwah antaranya anggota KUIS, Sheikh Ali Al-‘Umari dan Sheikh ‘Iwadh Al-Qarni. Oleh itu, KUIS menuntut perkara berikut:

– KUIS menyeru Arab Saudi mengutamakan suara hikmah dalam menangani krisis negara-negara teluk tersebut serta ketika bermuamalah dengan para ulamak mereka dan tidak melibatkan mereka dalam kancah perbalahan politik.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eighty one − = seventy seven