Ikatan Ulamak Palestin Seru Dunia Bertindak; Bela Umat Islam Rohingya

Ikatan Ulamak Palestin Seru Dunia Bertindak; Bela Umat Islam Rohingya

Ikatan Ulamak Palestin dan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, KUIS Cawangan Palestin telah menganjurkan protes penentangan terhadap jenayah yang dilakukan terhadap minoriti Islam Rohingya di Burma.

Protes tersebut disertai sebahagian besar para ulamak, hakim dan profesor universiti dari Fakulti Usuluddin, Syariah dan Undang-Undang di Universiti Islamiyyah. Selain itu, turut hadir ialah beberapa tokoh dan kenamaan dari Ibu Pejabat Presiden di Bandar Gaza.

Presiden Ikatan Ulamak Palestin, Marwan Abu Ras dalam ucapannya berkata kezaliman yang berlaku di Mynamar merupakan kekejaman yang melampaui batas kemanusiaan.

“Apa yang berlaku di Burma merupakan jenayah terbesar di abad ini, dan kita para ulamak Palestin mengikuti dengan kemarahan apa yang sedang berlaku kepada saudara Muslim kita yang ditindas di Burma dan di atas kekejaman yang melampaui hak kemanusiaan.

“Kami dari tengah-tengah kepungan Gaza menganggap jenayah ini sebagai sebuah jenayah yang amat memalukan yang dilakukan oleh penjenayah munafik.

“Jenayah yang dilakukan oleh mereka yang melaungkan slogan mempertahankan hak asasi manusia. Telah mati hati kalian wahai pelindung hak dan kewajipan, dan telah kotor hati wahai pendokong kebebasan beragama,” tegas beliau.

Beliau dalam masa sama turut menegaskan bahawa para ulamak Palestin melihat perkara ini sebagai satu ancaman yang sangat berbahaya terhadap kehidupan kanak-kanak, wanita, orang tua, pemuda dan pemudi Islam.

Beliau menambah, dunia yang telah menubuhkan institusi hak asasi manusia ini akan menguburkan, memalsukan dan menggilap muka mereka terhadap kezaliman iaitu ketikamana yang menang itu di kalangan orang Yahudi dan Kristian, dan ketikamana berlaku kemenangan itu terhadap penyokong patung-patung sembahan sebagaimana yang dilakukan terhadap patung Buddha.

Namun katanya, apabila ianya terjadi terhadap Umat Islam, maka seluruh institusi antarabangsa menjadi pekak dan bisu di dalam kegelapan.

Presiden Ikatan Ulamak Palestin dalam ucapan beliau turut melontarkan persoalan mengenai perbezaan yang dilakukan oleh penjenayah di Burma dengan apa yang telah dilakukan oleh Nazi dan fasis di Eropah.

Beliau menyeru supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan mereka untuk membela hak kemanusian yang sering dilaungkan.

Jelas beliau, pertubuhan hak asasi manusia digesa mengubah dasar mereka terhadap umat Islam dan melepaskan diri mereka dari pergantungan terhadap orang Yahudi; musuh utama umat manusia sepertimana yang diminta oleh seluruh dunia agar menganggap penjenayah Burma ini sebagai penjenayah perang dan yang telah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan pembersihan etnik.

“Banyak yang kami perlukan dari negara-negara Arab. Kami tertanya-tanya bagaimana kalian menjalani kehidupan dalam keadaan seluruh kehidupan bangsa lain dimusnahkan kerana agama Islam.

“Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam bahasa kalian sendiri dan Nabi itu seorang berbangsa Arab – iaitu daripada kalangan kamu- ini adalah tanggungjawab kalian untuk melindungi agama dan orang-orang yang masuk ke dalam agama ini.

“Sesungguhnya istana, kedudukan akan membelenggu kalian sekiranya kalian mengabaikan kewajipan terhadap saudara-saudara Muslim kalian,” tambah beliau.

Marwan Abu Ras dalam ucapan sama menyeru seluruh umat Islam agar mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman ke atas umat Islam di Burma serta mengingatkan ulamak seluruh dunia terhadap amanah yang dipikul mereka.
“Takutlah kalian (ulamak) kepada Allah dalam agama kalian. Katakanlah perkataan yang benar yang diredhai Tuhan kalian.

“Jadilah pemerintah yang memegang amanah. Tolonglah agama dan ahli keluarga kalian.

“Sesungguhnya janji Allah SWT itu pasti dan apakah jawapan kalian?

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

thirty three − thirty =