Myanmar, Asean, dan China

Myanmar, Asean, dan China

Pengaruh dan kuasa China yang luas semakin dapat dirasakan di seluruh rantau Asia Tenggara, yang bersempadan China dan berada di lokasi strategik, meliputi Laut China Selatan dan Lautan Hindi, dua kawasan penting yang menjadi medan persaingan dan matlamat untuk dikuasai China.

Lokasi Myanmar, dan Arakan yang berada di pantai Teluk Bengal, menjadikan kawasan ini tidak terelak daripada pelan pembangunan bessr China. Sejak lebih daripada dua dekad sebelum pelan OBOR dilancarkan, Myanmar berada di lokasi yang menjadikannya laluan China ke Lautan Hindi, laluan yang membolehkannya mengurangkan masalah “dilema Selat Melaka,” iaitu memendekkan jarak pengangkutan sumber dari barat ke China.

Pembunuhan dan pembersihan dilakukan oleh pihak berkuasa Myanmar tidak dapat dielakkan daripada dikaitkan dengan kepentingan pelan pembangunan China di kawasan strategik itu. Pada masa sama, Myanmar semakin berkemampuan untuk mengimbangi kedua-dua China dan Amerika Syarikat. Pada masa sama, isu ini mendapat perhatian media dan pemerhati AS, termasuk akhbar dan media perisikan Stratfor.

Asean terus tidak mampu dan berani bertindak ke atas Myanmar, kerana sensitiviti melibatkan hubungan dengan China dan isu dalaman masing-masing melibatkan minoriti. China turut melabur berbilion dolar di negara-negara Asean termasuk Malaysia dan Indonesia. Negara seperti Laos dan Kemboja kelihatan telah kuat dikuasai Beijing, dan dapat dilihat melalui tindakan mereka dalam Asean. Negara-negara anggota sebolehnya mengelakkan isu dalaman ditimbulkan, untuk mengelak isu dalaman negara anggota mendapat perhatian dan menambahkan isu sukar dalam Asean.

Haris Zalkapli

*Artikel ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (cawangan Asia Tenggara). Artikel ini dimuatnaik tanpa mengubah apa-apa dari yang asal. Penulis merupakan Felo Akademi Al-Ghazali.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ 12 = twenty