Zionis Tagih Pengaruh PBB dan Afrika

Zionis Tagih Pengaruh PBB dan Afrika

Oleh: Aisyah Yamin

Sekumpulan aktivis, ahli akademik, dan pertubuhan masyarakat Palestin telah melancarkan kempen untuk menghalang negara-negara Afrika daripada mengambil bahagian dalam sidang kemuncak Afrika-Israel yang akan datang, yang dijadualkan berlangsung di Togo pada bulan Oktober.

Beberapa buah negara Afrika, termasuk Afrika Selatan, Maghribi, Algeria, Tunisia dan Mauritania, telah memutuskan untuk memboikot sidang kemuncak tersebut, lapor Al-Jazeera.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula telah pun menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin dari lebih 20 buah negara bagi menjalinkan hubungan diplomatik dan ekonomi.

Sidang kemuncak yang dijadualkan berlangsung pada 23 Oktober nanti akan disertai oleh pemimpin dari Afrika dan Israel bagi membincangkan langkah meningkatkan kerjasama dalam bidang teknologi, pembangunan dan keselamatan.

Kerajaan Afrika walau bagaimanapun digesa supaya memboikot sidang kemuncak tersebut atas dasar hubungan sesama negara dan turut dibuktikan tindakan Israel terhadap rakyat Palestin yang jelas melanggar undang-undang konvensyen PBB.

“Negara-negara Afrika yang berjuang menentang penjajah selama beberapa dekad dan berjaya untuk hidup bebas selepas penderitaan yang lama tidak boleh mengaitkan diri dengan satu-satunya projek kolonial yang paling lama dan paling kejam di dunia hari ini.

“Atas nama keadilan dan kebebasan, serta atas nama pejuang-pejuang Afrika yang berjuang mendapatkan kebebasan ini, kami menyeru agar negara anda untuk memutuskan hubungan dengan rejim Israel ini,” ujar salah seorang warga Palestin.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− one = two