Kematian Ulamak Hadis Al-Azhar, Sheikh Dr. Abdul Mahdi; KUIS Rakam Takziah

Kematian Ulamak Hadis Al-Azhar, Sheikh Dr. Abdul Mahdi; KUIS Rakam Takziah

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia merakamkan ucapan takziah atas kematian Ulamak Hadis Al-Azhar, Dr. Abdul Mahdi Abdul Qader Rahimahullah.

Allahyarham merupakan salah seorang Ulamak Hadis dan Usul Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Fakulti Usuluddin di Jabatan Tafsir dan Hadis, Universiti Hadith Al-Azhar pada tahun 1973 dengan mendapat gred Jayyid Jiddan dengan Kepujian.

Seterusnya beliau meneruskan pengajian di peringkat Sarjana di Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar. Kehebatan beliau terserlah selepas memperoleh gred Mumtaz pada tahun 1975.

Kemudiannya, Allahyarham turut dinobatka sebagai penerima Anugerah Kepujian Kelas Pertama pada tahun 1978 di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Hadis dan Ulum Hadis.

Beliau belajar di Fakulti Usuluddin di Universiti Al Azhar dan Usuluddin di Universiti Imam Muhammad bin Saud, dan berkhidmat sebagai Penolong Profesor di Fakulti Usuluddin di Universiti Al Azhar dan di fakulti yang sama di Universiti Ummul Qura.

Almarhum Dr. Abdul Mahdi merupakan seorang tenaga pengajar di Fakulti Usuluddin, Universiti Al Azhar dan salah seorang ahli jawatankuasa Ilmuan Universiti Al-Azhar, ahli jawatankuasa Hal Ehwal Majlis Tertinggi Islam dan Duta Umum Persatuan Syariah.

 

Beliau juga menyelia berpuluh-puluh risalah keilmuan. Antara buku beliau yang paling menonjol dalam dunia Hadis adalah:

طرق تخريج حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم، وطرق تخريج أقوال الصحابة والتابعين، والمدخل إلى السنة النبوية (بحوث في القضايا الأساسية عن السنة النبوية)، ومسند علي بن الجعد (أحد شيوخ البخاري)، والسنة النبوية: مكانتها وعوامل بقائها وتدوينها، وعلم الجرح والتعديل قواعده وأئمته، والسيرة النبوية في ضوء القرآن والسنة، ورياض الصالحين من كلام سيد المرسلين للنووي. تحقيق ودراسة، وكيف نصوم رمضان (رسالة صغيرة)، ورسالة إلى كل مريض (رسالة صغيرة)، ودفع الشبهات عن السنة النبوية، ومعجزات الرسول صلى الله عليه وسلم التي ظهرت في زماننا (القسم الأول: الإسلام)، ومعجزات الرسول صلى الله عليه وسلم التي ظهرت في زماننا (القسم الثاني: أمة الإسلام(.

Ummat Islam telah kehilangan permata yang sangat ikhlas dan mulia. Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, KUIS memohon kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa atas sesuatu agar mengampukannya, merahmatinya dengan Rahmat Tuhan Yang Maha Luas, memberinya sebaik-baik ganjaran, kemuliaan, dikurniakan syurga Firdaus.

Semoga Allah SWT mengurniakan ke atas ahli keluarganya, orang terdekatnya, orang kesayangannya sahabat handainya akan kesabaran dan ketabahan, sesungguhnya Allah SWT itu sebaik-baik penolong dan yang menerima doa.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

fifty seven − = fifty six