Qatar dan Realiti Keselamatan Negara Teluk

Qatar dan Realiti Keselamatan Negara Teluk

Oleh: Haris Zalkapli

Negara-negara monarki di Teluk Parsi, sejak era sebelum kemunculan negara bangsa telah terlibat dengan persaingan sengit sesama sendiri hingga melibatkan peranan kuasa asing terutama Inggeris. Negara-negara ini semua akhirnya hasil keruntuhan kuasa Uthmaniyah muncul sebagai negara merdeka, tetapi tetap memerlukan jaminan keselamatan kuasa besar. Selepas zaman empayar British berakhir, peranan penjamin keselamatan diambil oleh Amerika Syarikat. Sebuah negara yang sangat memahami realiti ini ialah Qatar, yang melaksanakan strategi ini lama sebelum penubuhan pangkalan al-Udeid.

Dasar Uthmaniyah sejak sekitar 1866 akhirnya berjaya menubuhkan penempatan tentera di Qatar, hasil perjanjian dengan pemerintah pada masa itu, Syaikh Jassim bin Muhammad al-Thani, yang diiktiraf Uthmaniyah sebagai gabenor wilayah. Pada 1915, ekoran nasib dialami akibat Perang Dunia Pertama, Uthmaniyah berundur dari semenanjung Qatar. Setahun selepas itu, pada 1916, pemerintah baharu, Syaikh Abdullah bin Jassim al-Thani mencapai persetujuan keselamatan dengan British.

Inggeris akhirnya turut berundur dari Qatar selepas berakhir Perang Dunia Kedua, keputusan yang diumumkan pada 1968 dan tidak menerima respons yang baik daripada pemerintah-pemerintah Teluk. Hasil peningkatan peranan global Amerika Syarikat dan perkembangan serantau bermula 1979, Qatar dan negara-negara serantau duduk di bawah payung keselamatan AS. Majlis Kerjasama Teluk, GCC, yang ditubuhkan Arab Saudi mengukuhkan susunan ini. Perkembangan terkini kembalinya Turki ke Qatar menunjukkan satu perubahan dasar Qatar, tetapi turut menunjukkan kelangsungan pergantungan pada peranan keselamatan kuasa luar.

*Artikel di atas sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara). Artikel di atas juga dimuatnaik tanpa mengubah apa-apa dari yang asal. Penulis merupakan Felo Akademi Al-Ghazali.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

nine + one =