India Halau Pelarian Rohingya Didakwa Pendatang Haram

India Halau Pelarian Rohingya Didakwa Pendatang Haram

Oleh: Asmaa Yusof

Kerajaan India kini dalam perancangan mengusir kira-kira 40 ribu pelarian Muslim Rohingya ke negara asal mereka, Myanmar. Demikian laporan dipetik dari agensi berita Al-Jazeera semalam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Kiren Rijiju turut memaklumkan kepada agensi berita “Reuters” bahawa kesemua warga Rohingya yang menetap di India adalah secara tidak sah dan mesti dihalau hujung minggu ini.

“Mereka semua pendatang asing tanpa izin.

“Mereka tiada sebab untuk tinggal di sini.

“Sesiapa sahaja yang menetap tanpa izin akan dihalau,” kata beliau.

Namun demikian, Pengarah Hak Asasi Manusia Asia Selatan, Meenakshi Ganguly menyelar tindakan itu. Katanya, pengusiran tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana India sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB sudah menyedari risiko yang bakal dihadapi pelarian Rohingya jika dihantar pulang.

Memetik sumber sama, Al-Jazera memaklumkan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pelarian PBB terdahulu telah mengeluarkan kad pengenalan kepada 16,500 Rohingya di India.

Hal demikian dikatakan mampu membantu mencegah gangguan, penangkapan, penahanan dan menghalau pelarian dengan sewenang-wenangnya.

Jumaat lalu, kerajaan India turut berbincang bersama Bangladesh dan Myanmar mengenai plan tindakan itu.

Namun demikian, Rijuju membidas prosess pengusiran tersebut dan memberitahu pelarian Rohingya tidak boleh dihalau begitu sahaja.

Pelarian Rohingya secara amnya mula dimusnahkan di India sejak beberapa bulan kebelakangan, ekoran terdapat beberapa puak anti-Rohingya.

Kumpulan sayap kanan di Kashmir yang dikuasai India juga telah menjalankan kempen menentang pelarian Rohingya.

Tindakan itu bermula tahun lalu, ketika Parti Bharatiya Janata yang memerintah India, menjalankan pemerintahan koalisi di Kashmir dengan Parti Demokrat Rakyat daerah, mula menimbulkan masalah.

Sumber: http://www.aljazeera.com/news/2017/08/india-plans-deport-thousands-rohingya-refugees-170814110027809.html

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− five = three