KUIS Kutuk Serangan Terhadap Restoran Turki

KUIS Kutuk Serangan Terhadap Restoran Turki

Sheikh Dr. Ali Qura Daghi, Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, KUIS mengecam serangan yang berlaku di Restoran Turki, ibu negara Burkina Faso, Ouagadougou.

Kejadian tersebut telah mengorbankan puluhan nyawa yang tidak berdosa termasuk dua orang pendakwah,
Syeikh Walid Al-Ali dan Fahd al-Hussaini.

Mereka berdua dilaporkan terbunuh dalam serangan pengganas oleh lelaki bersenjata di Restoran Turki di ibu negara Ouagadougou itu. Sebahagian besar mangsa keadaan turut cedera parah.

Kerugian yang besar turut dialami akibat serangan kejam itu.

Serangan ini dianggap sebagai perbuatan pengganas dan jenayah kejam yang mana dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berdiri di belakang atau menyokong pelakunya.

Kesatuan mengutuk sekeras-kerasnya terhadap pihak-pihak yang melakukan serangan ini. Kesatuan juga mengutuk segala bentuk keganasan yang membawa kepada kezaliman ke atas mangsa yang tidak bersalah.

Allah SWT telah berfirman:

“Sesungguhnya sesiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya” (Surah al-Maidah: 32)

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia menyatakan ucapan takziah ke atas keluarga mangsa. Semoga Allah SWT memayungi mereka dengan rahmat-Nya yang Maha Luas, begitu juga kesihatan dan kesembuhan yang secepatnya ke atas mangsa-mangsa yang cedera.

Semoga Allah SWT melindungi dan menjauhi umat Islam hari ini dari segala fitnah.

Firman Allah SWT: “Dan Allah berkuasa di atas segala sesuatu, namun kebanyakan manusia tidak mengetahui” (Surah Yusuf : 21)

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

two + 7 =