Zionis Serang Gaza, Sasar Kawasan Hamas

Zionis Serang Gaza, Sasar Kawasan Hamas

Oleh: Amirah

Sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin tercedera, salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan serius selepas Israel melakukan serangan udara di kawasan Hamas, Gaza, Selasa lalu.

Demikian menurut Al-Jazeera minggu lalu melaporkan serangan menyasarkan tiga lokasi utama di Gaza.

Menurut pihak tentera Israel, serangan udara itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap roket yang dilepaskan ke arah mereka.

Walaubagaimanapun, jurucakap Hamas, Hazem Qasem menolak dakwaan tersebut dan menyatakan serangan udara itu menyasarkan kedudukan Hamas..

“Serangan udara itu menyasarkan kedudukan Hamas yang terletak di tengah Semenanjung Gaza.

“Menurut penduduk, sekumpulan tentera melancarkan serangan roket kepada mereka, tetapi tidak ada pihak di Gaza yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

“Bagi mengekalkan tempoh keamanan ini, tidak akan ada sebarang serangan roket dilancarkan. Malah, tidak ada manfaat bagi kami untuk melanggar tempoh tersebut,” katanya.

Memetik sumber sama, ketua bahagian kecemasan Hospital Al-Shifa, Gaza, Ayman al Sahbani memberitahu Al Jazeera bahawa tiga dari mereka yang cedera telah dibenarkan keluar selepas menjalani rawatan.

Namun demikian tambahnya, seorang lagi mangsa serangan tersebut yang berusia 26 tahun masih lagi kritikal kerana mengalami keretakan otak dan tidak sedarkan diri di ICU.

Bagi Israel, Hamas yang bertanggungjawab terhadap semua serangan yang berlaku di semenanjung Gaza.

Dekad lalu, Gaza di bawah pemerintahan kerajaan Hamas, sementara Pihak Berkuasa Palestin yang diketuai Fatah menguasai Tebing Barat.

Sejak Israel dan Hamas menguasai Gaza, telah berlaku tiga kali serangan, yang paling terbaru adalah pada tahun 2014.

http://www.aljazeera.com/news/2017/08/palestinians-wounded-israel-airstrikes-gaza-170809080652389.html

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

8 + one =