Ustaz Azhar Idrus Kunjungi Naib Presiden KUIS

Ustaz Azhar Idrus Kunjungi Naib Presiden KUIS

Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, KUIS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pagi tadi menerima kunjungan pendakwah tersohor Malaysia, Ustaz Azhar Idrus.

Kunjungan ke rumah Tuan Guru tersebut turut disertai oleh anak muda. Menurut sumber laman rasmi facebook Tuan Guru, beliau sempat membincangkan banyak perkara dalam pertemuan singkat tersebut.

“Pagi ini bertamukan Ustaz Azhar Idrus yang datang berkunjung kerumah, walaupun sekejap banyak juga yang sempat kami perkatakan,” demikian catatan ringkas Facebok beliau.

Terdahulu, Naib Presiden KUIS itu direhatkan untuk menjalani rawatan jantung. Beliau mula kembali menyampaikan kuliah Jumaat buat pertama kali mingu lalu.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan kesihatan beliau gembira dengan perkembangan terkini Tuan Guru dan mendoakan beliau diberikan kesihatan yang baik.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ seventy three = seventy nine