Ucapan Perasmian : Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Ucapan Perasmian

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Catatan: Ustaz Nik Muhammad Nasri

Tuan Guru memulakan ucapan dalam bahasa Arab dengan menyebutkan bahawa Islam perlu diperjuangkan sekalipun penuh ujian dari dalam dan luar.

Di antara yang difahami dari ucapan dalam bahasa Arab itu ialah seperti berikut:

Parti yang lain dari Islam masih ada dan terus menentang Islam sebagaimana yang pernah berlaku di zaman dahulu kerana penentang Islam tetap ada sepanjang zaman seperti janji Allah bahawa penentang-penentang Islam tetap ada. Namun mereka yang benar janjinya dengan Allah tidak pernah memungkiri janji tersebut yang mahu menegakkan Islam.

Perpecahan kumpulan Islam yang berbeza dengan sebab strategi, atau pandangan, bukan perkara dasar dan asas adalah merugikan Islam.

Musuh mengambil peluang dari perpecahan tersebut, terutama yang tidak faham agama, yang ekstrim untuk melambat-lambatkan dakwah Islam, sedangkan musuh sebenar iaitu Yahudi dan Zionis dibiarkan. Ini seperti yang berlaku di Syria dan Iraq, selepas musuh Islam berjaya di Iraq, dan sedang bertindak di negara Teluk sekarang

Parti Islam memilih jalan tengah untuk menegakkan Islam melalui demokrasi, walaupun sukar. Jika parti Islam menang pilihanraya, ia tidak diiktiraf pula, bahkan sesetengahnya dimasukkan ke dalam senarai kelompok ekstrim.

Tuan Guru juga menegaskan bahawa perlunya dakwah sebelum perang seperti yang dapat difahami dari kata-kata Nabi kepada Saidina Ali: ‘Allah beri petunjuk kepada seseorang dengan sebab kamu, adalah lebih baik dari unta yang merah.’

Pengajaran dari orang terdahulu, mereka sebarkan Islam kepada kumpulan jahiliah yang pernah membunuh anak dan pelbagai bentuk jahiliah, lalu diajak dengan cara baik. Akhirnya mereka menjadi golongan Sahabat yang hebat dan terpilih.

Ramai yang masuk Islam dengan selepas jatuhnya kerajaan Rom dan Parsi, di mana rakyat masuk Islam melalui jalan dakwah dan peniaga. Islam tetap berkembang walaupun penjajah cuba menekan masyarakat Islam.

Islamofobia menjadi fenomena yang berlaku kepada sebahagian masyarakat bukan Islam, dimomokkan Islm dengan keganasan, sedangkan Islam bebas dari keganasan.

Kita perlu muhasabah diri kita juga sebelum orang lain.
Suasana di Iraq dan Sham yang memunculkan golongan ekstrim, akhirnya yg seperti ISIS atau Daesh.
Gerakan Islam Mesir pernah menang melalui demokrasi tetapi dijatuhkan.

Kelantan menang melalui demokrasi, Alhamdulillah sehingga sekarang.

Kita berhadapan dengan tekanan dari kerajaan yang tidak demokratik, walaupun mereka mendakwa mengambil jalan demokrasi.

Pendokong gerakan Islam mesti memahami fiqh dan tafaqquhi dengan cara menyeluruh, dari sudut aqidah, fiqh, politik, ekonomi dan lain-lain. Kita tidak boleh bersikap rigid tanpa tempat yang betul.

Kita mesti istiqamah dengan Islam, dan tidak tunduk kepada orang zalim.

Perang kononnya di atas nama jihad membawa penyelewengan dari istilah itu. Kefahaman jihad di Palestin adalah benar kerana mereka berdepan dengan Zionis, sementara di tempat lain berdepan dengan cara damai. Qiblat pertama kita Baitumaqdis. Justeru, wajib dipertahankan. Dan qiblat kita bukannya Baitul-abyad (Rumah Putih).

Jihad yang difahami dengan cara salah mesti diperbetulkan.

Pertemuan ini diharap dapat menjadi tempat untuk mengemukakan pandangan dan perbincangan.

Kita bersyukur kerana diberi tempat dan peluang untuk tegakkan Islam melalui cara dan jemaah kita, lalu kita ajak manusia lain untuk bersama kita. Kita menuruti jejak langkah orang terdahulu yang berjaya dalam dakwah mereka.

Kita berdepan dengan musuh sebagaimana orang terdahulu berdepan dengan musuh.
Kita juga mengajak orang bukan Islam dan tidak memaksa mereka.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− 5 = five