Bebaskan Al-Aqsa

Bebaskan Al-Aqsa

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) menyeru umat Islam seluruh dunia agar membantu al-Aqsa khususnya menzahirkan kemarahan kemarahan terhadap salahlaku Zionis serta Hari Kemenangan bagi al-Quds dan penduduknya.

KUIS menyeru umat Islam seluruh dunia agar membantu al-Aqsa . Jadikanlah hari jumaat nanti sebagai Hari Kemarahan terhadap salahlaku Zionis serta Hari Kemenangan bagi al-Quds dan penduduknya.

KUIS juga menuntut agar tindakan proaktif diambil menghadapi rejim penjajah dengan slogan: Bebaskan al-Aqsa.

KUIS turut mengecam kezaliman rejim Zionis yang melakukan kekejaman dengan penutup Masjid al-Aqsa di al-Quds serta menghalang dari mendirikan solat.

Soalan yang bermain di fikiran adalah di manakah umat Islam yang hanya memandang kekejaman ini hingga kefarduan yang ditetapkan oleh Allah SWT telah dihalang di Rumah-Nya sendiri yang sangat agung?

Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam. Malah, di sana jugalah Rasulullah s.a.w telah mengimamkan para nabi sebelum diangkat ke langit dalam peristiwa Israk Mikraj. Ia juga masjid kedua agung di atas muka bumi selepas Masjid al-Haram.

KUIS menyeru agar sahutan Jumaat ini sebagai Jumaat Kemarahan disambut dan ia adalah sekecil-kecil usaha yang boleh dilakukan demi al-Aqsa.

Setiausaha Agung KUIS, Sheikh Ali Muhyiddin al-Qurrah Daghi

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

93 − = ninety