Boikot Qatar Untuk Melenyapkan Ikhwan?

BOIKOT QATAR UNTUK MELENYAPKAN IKHWAN?

Oleh: Muhammad Faisal Ashaari

Konflik boikot Qatar ialah projek jangka masa panjang untuk melenyapkan pengaruh ikhwan dari Qatar dan juga dari Tanah Arab. Mereka telah menyediakan pelbagai plan untuk tujuan berkenaan, dan antaranya ialah dengan memboikot Qatar. Sebelum ini, Saudi telah mengharamkan semua buku tulisan Sheikh Qaradawi.

Pada hakikatnya, pemerintah Qatar, Saudi, Mesir, dll adalah sekutu kepada Amerika. Satu geng. Mereka cuba melakukan operasi untuk menghapuskan ikhwan dan sedang membuat propaganda mengaitkan ikhwan dengan militan. Di Tv arab, Sky News Arabia sebagai contoh, mereka sedang membuat dan menyebarkan propaganda ini. Mereka juga sedang menekan channel al-Jazira agar tidak memberikan liputan lagi pada Sheikh Qaradawi.

Jangan buat tidak nampak, banyak kepentingan Amerika di Qatar. Boikot yang dilakukan itu tentunya tidak memberikan kesan kepada kepentingan AS di Qatar. Ia lebih kepada menekan kerajaan Qatar untuk bertindak terhadap Ikhwan dan Sheikh Qaradawi. Pemerintah Qatar dipercayai sukar untuk mengambil tindakan keras ke atas Sheikh kerana ia mungkin memberikan kesan buruk kepada kestabilan politik di Qatar. Wallahu a’lam.

Kita kena ingat bahawa semua kejadian yang berlaku di Israel dan Timur tengah sekarang di bawah pengaruh dasar luar Amerika (Trumph). Cuba perhatikan, selepas dua minggu Trumph ke Saudi, Saudi umum boikot US.

KENAPA AS SANGAT MEMUSUHI IKHWAN???

Ikhwan mempunyai kefahaman politik Islam dan ia perlu ada dalam pemikiran orang Islam untuk menyebarkan Islam keseluruh dunia. Penyebaran Islam tidak dapat dilakukan dakwah sahaja melainkan dengan menyertai politik. Dengan ini secara tidak langsung orang Islam mempunyai fikrah politik Islam dari sudut aqidahnya. Inilah manhaj Islam kerana baginda Rasulullah merupakan rasul dan pemimpin politik Madinah.

Namun, manhaj ini tidak digemari oleh AS. Sesiapa yang berpegang dengan manhaj ini secara tidak langsung merupakan ancaman buat AS dan sekutunya. Justeru, pemikiran dakwah dan pemikiran politik Islam inilah yang sedang ingin dihapuskan oleh AS dari orang Islam, menerusi agenda wasatiyyah dan moderate agar iada agenda menubuhkan negara Islam.

Mereka suka sekiranya orang Islam hanya menumpukan kepada aspek kerohanian, berbalah dalam perkara khilaf, menumpukan kepada belajar sahaja, tanpa memikirkan aspek politik Islam. Ringkasnya, idea negara Islam ancaman dan musuh kepada AS.

Allah sebut dalam al-Quran: Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redo kepada Islam sehingga kita ikuti millah mereka.

AS tidak redo ada Idea politik dan negara Islam.

Pautan asal:
https://www.facebook.com/drfaisal7/posts/1573001242719325

*Artikel di atas sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara). Artikel di atas juga dimuatnaik tanpa mengubah apa-apa dari yang asal. Penulis merupakan Felo Akademi Al-Ghazali.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

thirty two − twenty three =