Perutusan Ulamak Umat Islam Berkenaan Jenayah Penutupan Masjid Al-Aqsa Dan Halangan Mendirikan Solat Jumaat Di Dalamnya

PERUTUSAN ULAMAK UMAT ISLAM BERKENAAN JENAYAH PENUTUPAN MASJID AL-AQSA DAN HALANGAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT DI DALAMNYA

(Kenyataan akhbar pada 14 Julai 2017 di Persidangan Mimbar Al Aqsa, Istanbul – Turki)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ مَنَعَ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَنْ يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَىٰ فِي خَرَابِهَا ۚ أُولَٰئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَنْ يَدْخُلُوهَا إِلَّاخَائِفِينَ ۚ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Firman Allah (yang bermaksud): “Dan siapakah yang lebih zalim daripada sesiapa yang menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (solat dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah. Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.” [Al-Baqarah :114]

Segala pujian hanya bagi Allah, kehidupan yang baik di akhirat adalah bagi orang-orang yang bertakwa, tiada permusuhan melainkan terhadap orang-orang yang zalim. Selawat dan salam ke atas penghulu kita Nabi Muhammad, pemimpin para pejuang agama dan mereka yang dikurniakan cahaya pada hari akhirat, juga ke atas ahli keluarga Baginda yang baik lagi suci dan para sahabatnya sekalian.

Pihak Berkuasa Penjajah Zionis telah melakukan satu jenayah baru yang sangat tidak boleh diterima di dalam catatan tindakan-tindakan jenayahnya yang terus meningkat terhadap tanah suci kita dan saudara kita di bumi Palestin yang terjajah. Bahkan, ianya suatu tamparan hebat kepada lebih 1.5 billion umat Islam dengan tindakan menutup Masjid al-Aqsa Al Mubarak selaku kiblat pertama kaum Muslimin dan menghalang didirikan solat Jumaat di situ buat pertama kali semenjak tahun 1969 sebagaimana pihak berkuasa Zionis juga mengisytiharkan hasrat mereka untuk menutup Masjid al-Aqsa sepenuhnya kepada orang-orang Islam untuk tempoh beberapa hari.

Maka para ulamak umat Islam yang berhimpun pada hari ini bagi menyatakan kemuncak kemarahan dan penentangan terhadap jenayah yang keterlaluan ini serta menegaskan perkara-perkara berikut:

1) Kami para ulamak menghargai pengorbanan ruh-ruh yang suci para syuhada’ perwira yang kesemua mereka itu menggunakan nama samaran “Muhammad Jabbarin” terdiri daripada tiga skuad iaitu Aqmar al-Aqsa, Rijal al-‘Izzah dan Syabab al-Karimah. Kami mengira baik tindakan mereka dan Allah jualah yang akan menghitung amalan mereka. Mereka adalah orang-orang yang telah melakarkan jalan menuju ke kota al-Quds dan Palestin dengan darah-darah mereka yang suci di atas lapangan Masjid al-Aqsa al-Mubarak. Kami menegaskan bahawa tindakan operasi mereka ini adalah jihad yang paling agung lagi mendapat kebaikan. Sesungguhnya tindakan ini memberi satu gambaran yang menyerlah membuktikan kesatuan bangsa Palestin selama mana penakluk Zionis juga sentiasa berusaha untuk memecah-belahkannya. Kami juga menghargai saudara-saudara kami para syuhada yang berani di bumi Palestin yang dijajah pada tahun 1948 dan di kota Ummu al-Fahm.

2) Kami juga mengangggap jenayah penutupan Masjid al-Aqsa al-Mubarak dan halangan mendirikan solat Jumaat di dalamnya merupakan pencerobohan yang merbahaya dan jenayah terhadap hak umat Islam keseluruhannya yang mewajibkan ke atas seluruh kaum Muslimin saling berganding bahu dan membantu dalam menghadapi jenayah ini. Terutamanya, para pemerintah yang sepatutnya memikul tanggungjawab untuk bertindak menyekat pencerobohan Zionis terhadap tempat-tempat suci umat ini. Di barisan hadapan ialah kerajaan Jordan yang berperanan sebagai penjaga kepentingan Masjid al-Aqsa al-Mubarak dan harta-harta wakafnya. Kami menyeru kerajaan Jordan agar bertindak segera berdepan dengan tindakan-tindakan Zionis yang semakin meningkat ini.

3) Kami juga menyeru masyarakat umat Islam supaya menggerakkan demonstrasi tanda kemarahan dan bantahan terhadap jenayah ini serta mengutuk segala usaha jahat Zionis menghadapi pencerobohan ter

kutuk ini, juga sebagai tekanan kepada pusat-pusat yang membuat dasar dan institusi-institusinya. Ini bagi berhadapan dengan keburukan tindak tanduk Zionis yang berlanjutan.

4) Kami juga menyeru para ulama sama ada yang terlibat dalam organisasi mahu pun orang perseorangan dan para khatib juga pendakwah agar menjadikan hari Jumaat terdekat ini sebagai “Jumaat Kemarahan bagi membela Masjid al-Aqsa al-Mubarak”. Jadikanlah mimbar-mimbar Jumaat kali ini bergegar sebagai simbol kemarahan bagi pihak mimbar Masjid al-Aqsa yang tidak dapat menyampaikan khutbahnya pada hari ini. Kami menyeru setelah solat Jumaat nanti hendaklah bergerak beramai-ramai berdemonstrasi sebagai tanda kemarahan bagi menyatakan sokongan dan pertolongan untuk kiblat pertama umat Islam ini.

5) Kami menyampaikan ucapan penghormatan kepada saudara-saudara kita yang melaksanakan ribat (berjaga dan berkawal) di kota al-Quds dan mereka yang tetap teguh pendirian sekalipun penjajahan Zionis berlaku di seluruh bumi Palestin yang tercinta. Kami menyeru mereka agar terus mara ke Masjid al-Aqsa al-Mubarak menurut kemampuan mereka dan bergegas memenuhinya sampai ke titik yang paling dekat Masjid al-Aqsa lalu mendirikan solat di situ. Ini sebagai menghalang musuh Zionis daripada meneruskan segala perancangan dan konspirasi jahatnya. Sesungguhnya ini adalah panggilan jihad yang wajib disahut dan bakal beroleh kebaikan. Tindakan kamu ini adalah langkah awal demi mempertahankan umat keseluruhannya dan tempat-tempat sucinya.

6) Kami para ulamak meluahkan rasa tidak bersetuju dan amat kesal dengan tindakan tidak wajar Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas yang menghubungi penjenayah Benjamin Netanyahu, PM Israel dan mengutuk pembunuhan tentera-tentera Zionis yang mencemari Masjid al-Aqsa al-Mubarak. Sedangkan diketahui bahawa mereka adalah tentera yang merampas hak rakyat Palestin dan kebangkitan rakyat. Hak ini adalah menepati semua syariat (agama-agama samawi) dan undang-undang dunia, bahkan diterima pakai oleh semua negara-negara di dunia pada hari ini termasuk yang berhubung dengan negara Zionis bahawa Masjid al-Aqsa adalah zon yang dijajah. Kami mengangggap tindakan Mahmoud Abbas ini sebagai sikap toleransi yang tidak boleh diterima demi menjaga kepentingan Yahudi dan Zionis serta memberi kemenangan moral mereka terhadap kaum Muslimin. Kami menyeru beliau agar menarik balik perbuatannya dengan segera dan bersama dengan perjuangan rakyatnya.

7) Kami menyeru seluruh orang-orang yang merdeka di dunia ini dan pertubuhan-pertubuhan amal Islami di negara-negara Barat agar bergerak dan merangsang rakyat serta memberi pencerahan kepada mereka akan realiti perbuatan-perbuatan jenayah Zionis dan menggerakkan himpunan demontrasi bagi membantah penaklukan dan keangkuhan Zionis. Sesungguhnya demikian itu dapat memberi tamparan kepada Zionis dan ini adalah tuntutan syarak serta jihad yang beroleh kebaikan.

8) Sesungguhnya kami sekali lagi menegaskan dengan jelas bahawa membantu rakyat Palestin di mana sahaja mereka berada terutamanya yang berada di kota al-Quds yang tidak pernah tunduk mengalah, di Gaza yang berada dalam kepungan dan di Tebing Barat yang dijajah, membantu mereka ini adalah suatu kewajipan yang dituntut syarak ke atas setiap yang berkemampuan dari kalangan umat ini. Membiarkan mereka berada di dalam kehinaan seperti hari ini adalah perbuatan yang haram. Manakala berkonspirasi serta bekerjasama dengan Yahudi Zionis dengan apa cara sekalipun adalah termasuk dosa-dosa yang besar.

Akhirnya, wahai saudara kami di al-Quds dan seluruh Palestin! Kamu mengetuai peperangan umat Islam pada hari ini dalam berdepan musuh Zionis yang angkuh dan kamu seumpama mahkota indah di atas kepala dan tempat bertapaknya impian agar kota al-Quds kekal sebagai simbol dan Masjid al-Aqsa sebagai kiblat pertama dalam hati sanubari dan jiwa kita semua.

Maka ketahuilah! Bahawa umat Islam ini seluruhnya bersama dengan kamu, para ulamaknya mahupun rakyatnya. Maka tetapkanlah pendirian kamu dan bersabarlah kerana ketentuan yang baik itu adalah hak milik kamu.

Firman Allah Ta’ala:

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” [Ali Imran: 200]

*Dibacakan oleh Pengerusi Lajnah al-Quds, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Al-Syeikh Dr.Ahmad al-Omari dan disokong oleh para ulamak dalam “Persidangan Mimbar Al-Aqsa, Memperingati 50 Tahun Penjajahan Masjid Al-Aqsa” pada 21 Syawal 1438H bersamaan 14 Julai 2017.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− two = eight