Allah Perintah Tegakkan Keadilan

Allah Perintah Tegakkan Keadilan

ALOR SETAR – Allah menjadikan kewajipan menegakkan pemerintahan yang adil kepada seluruh manusia dengan petunjuk dan pelaksanaan hukum syariat-Nya kerana ia merupakan satu-satunya penyelesaian yang datang daripada Allah yang dinamakan Islam.

Demikian penegasan dibuat Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) semasa ucapan dasar sempena Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia hari ini.

Tegasnya, Islam berprinsipkan atas asas-asas terpentingnya iaitu aqidah, tauhid, beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan berkonsepkan taqwa dan adil.

“Semua asas-asas ini adalah petunjuk Allah yang dibawa oleh semua para Rasul A.S. sehingga Nabi Muhammad S.A.W, rasul akhir zaman.

“Para rasul terdahulu yang berpeluang melaksanakannya telah membuktikan akan kebenarannya apabila diimani dan diamalkan telah mencapai kejayaan di zaman masing-masing.

“Allah telah mengisahkan Nabi Daud A.S, Nabi Sulaiman A.S dan Raja Zulqarnain yang berjaya bersama Islam di zaman masing-masing.

“Allah juga menceritakan kemusnahan Kaum ‘Aad, Thamud, Babilon dan Firaun yang hancur musnah bersama tamadun kebendaannya yang kaya-raya dibina di atas jahiliyah yang penuh dengan kejahatan dan kezaliman kerana menentang para rasul.

“Malangnya manusia hari ini semata-mata menjadikannya sebagai tempat pelancongan di kawasan tinggalan sejarah tamadun kerajaan yang dimusnahkan kerana kezalimannya, tanpa mengambil iktibar dari peristiwa yang menjadi bahan sejarah ini,” ulas beliau.

Memetik ucapan sama, beliau berkata walaupun mereka berada di bumi yang tiada sumber ekonomi dan kekuatan politik yang bertamadun kebendaan, mereka telah berjaya bersama Islam.

Tambahnya, mereka juga berjaya membawa obor Islam dengan kejayaan di zaman keemasannya, mengumpulkan ilmu wahyu dan ilmu akal manusia yang ditapis daripada tamadun yang dicipta oleh berbagai-bagai kaum dengan mengambil kebijaksanaannya sahaja dan menolak kemungkarannya.

Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia itu secara rasminya disahkan memenagi kerusi Presiden parti tanpa bertanding, sekaligus meneruskan kepimpinannya pada sesi 2017-2019.

Previous article

Ke Mana Arah Kiblat

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION