PBB Ikrar Sumbang AS$1.1 Bilion Kepada Yaman Atasi Krisis Kebuluran

PBB Ikrar Sumbang AS$1.1 Bilion Kepada Yaman Atasi Krisis Kebuluran

Negara-negara penderma antarabangsa berikrar menyumbang AS$1.1 Bilion kepada Yaman, bagi membantu menangani ancaman kebuluran, lapor agensi berita antarabangsa BBC hari ini.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memaklumkan hal demikian pada akhir Persidangan Penderma Antarabangsa di Geneva.

Walaupun jumlah tersebut gagal mencapai sasaran AS$2.1 Bilion yang ditetapkan PBB, namun Guterres menyifatkan ia satu kejayaan luar biasa.

Sementara itu, Penolong Setiausaha PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan, Stephen O’Brien menyifatkan krisis di Yaman sebagai krisis kemanusiaan terbesar dunia pada hari ini.

Keseluruhannya, 17 juta penduduk Yaman hidup dalam kelaparan, termasuk dua juta kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan yang teruk.

Secara purata, seorang kanak-kanak di bawah umur lima tahun meninggal dunia setiap 10 minit disebabkan pelbagai punca yang boleh dielakkan.

http://www.bbc.com/news/world-middle-east-39710777

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION