Bot Pelarian Karam Di Greece

Bot Pelarian Karam Di Greece

Sekurang-kurangnya 16 orang termasuk dua orang kanak-kanak lemas apabila bot yang membawa pelarian karam di Timur Laut Aegean, antara Greece dan Turki, lapor Al-Jazeera.

Menurut petugas pengawal pantai Greece, pihaknya menemui sembilan orang mayat di mana enam daripadanya wanita, manakala dua orang lagi lelaki dan kanak-kanak.

Kesemua mangsa ditemui semalam di perairan Greek.

Pihak berkuasa Turki turut menemui enam lagi mayat lelaki dan seorang kanak-kanak di perairan Turki.

Selain itu, dua orang wanita berjaya diselamatkan dari bot namun beberapa orang lain telah dipercayai hilang.

Hingga kini, operasi pencarian masih diteruskan.

Bot itu dipercayai belayar dari Turki lewat semalam dan kejadian tersebut disahkan pada pagi Isnin oleh sebuah kapal tentera laut Yunani yang menemui anggota badan yang lemas.

Memetik sumber sama, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNHCR berkata bot tersebut membawa 25 orang pelarian.

Beribu-ribu orang, sebahagian besar daripada mereka melarikan diri daripada konflik Syria, telah menyeberangi ke Greece dari pantai Turki berdekatan, dengan harapan untuk memasuki negara-negara Eropah.

Tetapi perjanjian Kesatuan Eropah-Turki yang dicapai tahun lepas memutuskan pelarian yang tiba di pulau-pulau Yunani akan diusir kembali ke Turki.

SUMBER: http://www.aljazeera.com/news/2017/04/refugee-boat-sinks-greece-turkey-16-drown-170424130506468.html

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION