Lajnah Al-Quds KUIS Bawa Isu Palestin Dekat Pada Masyarakat

Lajnah Al-Quds KUIS Bawa Isu Palestin Dekat Pada Masyarakat

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin

Malam Sabtu anak muda di Uptown Jalan Reko agak berbeza dari malam-malam biasa sebelum ini kerana persembahan buskers yang lazimnya mengisi ruang, tapi malam tadi berubah sedikit dengan pengisian ilmu yang bermaklumat.

Program yang dinamakan “Sembang Santai Al-Quds” telah menarik perhatian pengunjung Uptown malam tadi. Dengan topik “Deruan Ombak Al-Quds, Kita Membantu atau Membatu”, kali ini menampilkan panel yang tidak asing lagi dari Lajnah Al Quds, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), Muhamad Khalil Abdul Hadi bersama Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib.

Seluruh dunia mengetahui Al-Quds dan Palestin kini menjadi tawanan dibawah penguasaan Zionis Israel dan ia peristiwa yang membuat luka semakin mendalam di hati setiap umat Islam.

Program menyuburkan kerinduan untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa menjadikan program Hari Al-Quds sangat penting bagi hati kaum muslimin seluruh dunia.

Para mahasiswa muslim seluruh dunia lazimnya menjadi pelapor dalam gerak kerja memperingati hari bersejarah ini.

Maka program memperingati Hari Al Quds 2.0 kali ini telah dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dengan kerjasama Lajnah Al Quds, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS).

Sembang santai malam tadi sangat menarik apabila ia diselang seli dengan persembahan nyanyian dan pentomen dari mahasiswa Gamis.

“Insya Allah kita akan adakan program ini sebagai acara tahunan KUIS” ujar Ustaz Khalil selepas sahaja majlis selesai.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION