Bumi Palestin Milik Hamba-Hamba Beriman

Bumi Palestin Milik Hamba-Hamba Beriman

Bumi Palestin ini milik hamba-hamba yang beriman. Di akhir zaman, akan berlaku pertembungan antara bangsa Yahudi dan Orang Islam, demikian menurut Pengerusi Lajnah Al-Quds Malaysia, Abdul Khalil dalam syarahan beliau semalam sempena penganjuran Sembang Santai Minggu Al-Quds.

Beliau berkata, kezaliman yang dilakukan zionis ke atas Palestin adalah tanda-tanda kiamat sebagaimana disebut melalui al-Quran dan hadis Nabi.

Tambah beliau, dunia akan berakhir dengan tanda-tanda yang telah disebut oleh Allah S.W.T sebagaimana manusia akan menemui ajal.

“Kita manusia kita lahir ke dunia akan temui ajal yang kita sendiri tidak tahu bila.

“Dunia pun begitu, dunia akan tiba akhirnya dan Allah bagi tanda-tanda kiamat.

“Oleh kerana itulah Nabi Muhammad S.A.W, Nabi terakhir yang paling banyak bagi alamat tanda akhir zaman untuk kita jadikan pedoman.

“Nabi sebut isu Palestin ini dan kaitannay dengan kiamat,” kata beliau.

Meneruskan ucapan, beliau menyedarkan hadirin bagaimana orang bukan Islam giat membuat kajian mengenai tanda akhir zaman sedangkan umat Islam masih leka dan membisu terhadap apa yang berlaku di Palestin.

Selain itu katanya, Palestin adalah milik orang-orang yang beriman namun mereka dituduh pengganas apabila bangkit mepertahankan negara sendiri.

“Org kata agama islam ganas bila berkait perang, tetapi dalam islam perang adalah jalan terakhir mempertaankan tanah.

“Kebanyakan sejarah islam, peperangan dalam islam penuh dengn adab, Nabi tak pernah bunuh kanak-kanak, Nabi tidak bunuh perempuan, Nabi tidak merobhkan bangunan.

“Hari ini Islam dituduh pengganas sehngga dia tuduh (Palestin) pengganas bila nak pertahankan negara sendiri,” tegas beliau.

Mengakhir ucapan, beliau berharap penganjuran program tersebut sedikit sebanyak boleh memberi kesedaran kepada semua terhadap isu Palestin.

Program tersebut diadakan di Jalan Reko Kajang pada jam 9.45 malam semalam menyaksikan sambutan menggalakkan dari ratusan hadirin.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− one = 1