Anak Muda Bersama Perjuangan Pembebasan Al-Quds

Anak Muda Bersama Perjuangan Pembebasan Al-Quds

Motif penganjuran Minggu Al-Quds ialah sebagai agen penerangan kepada mahasiswa, anak muda, dan masyarakat tentang sejarah, situasi semasa, dan hala tuju gerakan pembebasan Al-Quds.

Selain itu, ia juga diadakan bagi mewujudkan gelombang kebersamaan mahasiswa Malaysia dengan perjuangan pembebasan Al-Quds.

Demikian menurut Penolong Setiausaha Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Adilah Sofian selaku wakil penganjur mahasiswa.

Adilah semasa dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya berharap agar penganjuran program tersebut berjaya memberi kesedaran dan menyatukan umat Islam bagi membela penderitaan yang dialami rakyat Palestin demi mempertahankan tanah air mereka.

“Semestinya setinggi-tinggi harapan semua pihak, tinggi lagi harapan kami agar program minggu Al-Quds ini dapat menjadi satu cetusan dalam merealisasikan impian untuk membina kesatuan kita sebagai umat islam.

“Doa selamanya menjadi senjata orang mukmin, oleh itu sentiasalah kita menyisipkan mereka tanpa jemu dalam setiap rintihan doa serta sama-samalah kita sentiasa cakna dengan isu dan keadaan semasa rakyat palestin untuk sokongan pembebasan AlQuds ini,” kata beliau.

Beliau dalam masa sama menyeru umat Islam terus cakna dan berdoa untuk pembebasan Masjid Al-Aqsa.

Penganjuran Minggu Al-Quds kali ini adalah buat kali kedua menyaksikan pelepasan acara kemuncak disempurnakan oleh Pengerusi Lajnah A-Quds KUIS, Abdul Khalil Abdul Hadi.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eighteen + = nineteen