Ringkasan Siri Serangan-Serangan Yang Dilancarkan Ke Atas Masjid Al-Aqsa

Ringkasan Siri Serangan-Serangan Yang Dilancarkan Ke Atas Masjid Al-Aqsa

Oleh: Murawwah

7 Jun 1967
Jeneral Mordehai Gur dan tenteranya telah memasuki i Masjid Al-Aqsa pada hari ketiga permulaan perang. Bendera Israel diangkat di dalamnya manakala mushaf al-quran dibakar. Mereka juga melarang orang ramai menunaikan solat di situ serta merampas kunci-kunci pintu Masjid Aqsa

15 Jun 1967
Ketua besar Israel, Shlomo Goren bersama 50 orang tenteranya mendirikan upacara keagamaan mereka di ruangan Masjid Aqsa.

21 Ogos 1969
Pembakaran Masjid Al- Aqsa dan penangkapan seorang pelacong berwarganegara Australia berlaku.

02 November 1969
Ketua Kehakiman Israel, Eival Alon merempuh masuk Masjid Al-Aqsa bersama tenteranya.

28 Januari 1976
Mahkamah Utama Israel memutuskan bahawa orang yahudi mempunyai hak untuk solat di dalam Masjid Al-Aqsa.

13 Januari 1981
Ahli-ahli gerakan sekelompok Yahudi Ortodoks yang berpusat di Yerusalem merempuh masuk ke “Temple Mount Faithful’ dan menaikkan bendera Israel.

28 Ogos 1981
Penemuan terowong dari dinding ratapan Israel ke Masjidil Aqsa.

24 Februari 1982
Ketua Gerakan ‘Temple Mount and Eretz Yisrael Faithful Movement’, Guoshun Salmon telah merempuh masuk ke ruangan Masjid Al-Aqsa.

11 April 1992
Tentera Israel, Harry Goldman melepaskan tembakan secara rawak ke ruangan Masjid Al-Aqsa dan telah mengorbankan beberapa orang warganegara Palestin.

25 Julai 1982
Penangkapan Jubilee Warner yang merupakan salah seorang aktivis gerakan Kach selepas merancag untuk meletupkan Masjid Sakhrah di Masjil Al- Aqsa.

20 Januari 1983
Pembentukan gerakan pelampau Israel dan Amerika dalam usaha membina semula “Temple Mount” di tapak Masjidil Aqsa.

26 Januari 1984
2 orang yahudi memasuki Masjid Al-Aqsa bersama bahan letupan dan bom tangan untuk meletupkannya.

11 Mac 1997
Penasihat Kehakiman Mahkamah Israel membenarkan orang yahudi solat di dalam Masjid Al-Aqsa selepas perbincangan diadakan dengan polis Israel.

31 Ogos 1997
Penemuan perancangan Israel untuk merobohkan Istana Umayyah yang bersebelahan Masjidil Aqsadan dan perluasan kawasan dinding tembok ratapan Israel.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

thirty eight + = forty six